CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Sarawak] Vesel tunda gagal kemuka pas pelepasan pelabuhan ditahan di perairan Miri

[Copy link]
Post time 20-5-2025 10:51 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah vesel tunda bersama 10 kru yang ditahan Maritim Malaysia pagi semalam kerana gagal mengemukakan pas perlepasan pelabuhan dan menyerahkan senarai pertukaran kru ketika diperiksa.

MIRI: Sebuah vesel tunda bersama 10 kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri kerana gagal mengemukakan pas pelepasan pelabuhan dan senarai pertukaran kru kapal semasa diperiksa.

Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata ketika ditahan pada jam 11.20 pagi semalam, vesel itu sedang berada pada kedudukan kira-kira 5.2 batu nautika dari muara Sungai Miri.

"Vesel itu telah ditahan untuk tujuan pemeriksaan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan operasi bersepadu OP PERMAI 01/2019, OP NAGA TIMUR dan OP TIRIS 3.0 kerana disyaki melanggar peraturan pelayaran.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan serta senarai pertukaran kru," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Berikutan itu katanya, kesemua kru yang terdiri daripada tiga rakyat tempatan, lima warga negara Indonesia dan dua warga Myanmar berusia antara 20 hingga 63 tahun telah ditahan.

Seterusnya, tiga kru vesel terbabit diiring ke Jeti Kompleks Zon Maritim Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysian untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu kata Khairol, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan pas pelepasan pelabuhan dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal menyerahkan senarai pertukaran kru kapal semasa diperiksa oleh pegawai agensi.

Maritim Malaysia menegaskan pihaknya akan terus komited menjalankan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang aktiviti jenayah serta pelanggaran peraturan maritim di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan mencurigakan atau kejadian kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-649 111, Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau talian kecemasan 999.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.068324 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list