CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29|Reply: 1

[Johor] 5 kali tikam bapa saudara, pemotong rumput direman tiga hari

[Copy link]
Post time 19-5-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Pemotong rumput direman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas disyaki menikam bapa saudaranya sebanyak lima kali menggunakan pisau di sebuah rumah di Semerah di sini, semalam.

Perintah reman ke atas suspek berusia 35 tahun dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan laporan dibuat, kejadian berlaku apabila bapa saudaranya berusia 52 tahun datang ke rumah suspek kerana menuduhnya menceritakan keburukan kepada orang lain.

Ketika kejadian, suspek bersama adik lelaki berusia 26 tahun berada di dapur rumah dan sedang memotong bawang untuk memasak sebelum tercetus pergaduhan.

Kemuncaknya apabila mangsa mengambil lesung mahu membelasah suspek.

Suspek kemudian mencapai pisau pemotong sayur yang kebetulan berada di sebelah lalu menikam bahu dan pergelangan tangan kiri mangsa.

Tikaman itu menyebabkan mangsa berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Ketika kejadian, adik suspek cuba meleraikan pergaduhan itu.

Siasatan awal polis mendapati suspek mengakui bertanggungjawab menikam bapa saudaranya kerana mahu menyelamatkan diri daripada dihentak dengan lesung.

Mangsa pada ketika ini masih menerima rawatan di HSNI dan keadaannya dilaporkan stabil.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 05:15 PM | Show all posts
Ketika kejadian, suspek bersama adik lelaki berusia 26 tahun berada di dapur rumah dan sedang memotong bawang untuk memasak sebelum tercetus pergaduhan.

Aku teka ini geng asing worang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.031373 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list