CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bapa lumpuh bertongkat cari anak hilang

[Copy link]
Post time 19-5-2025 04:56 PM | Show all posts |Read mode


NURHIDAYAH tidak pulang sejak Khamis lalu selepas keluar dari rumah di Kampung LB Johnson. FOTO ihsan pembaca

Nilai: Memikirkan anak yang menghilangkan diri sejak Khamis lalu, seorang bapa yang lumpuh sanggup keluar rumah dalam keadaan bertongkat demi mencari remaja itu.

Nurhidayah Jamalludin, 17, dikatakan tidak pulang sejak Khamis lalu selepas keluar dari rumah keluarga di Kampung LB Johnson, di sini, jam 7.15 pagi.

Bapa saudaranya, Mohd Shazali Muhamad, 47, berkata, pada hari kejadian, terdapat sebuah kereta yang tidak dikenali membuat pusingan di hadapan rumah.

"Nurhidayah kemudian keluar dari rumah sebelum ibunya bertanya mengenai kenderaan itu. Nurhidayah beritahu ada orang minta tunjuk jalan.

"Tidak lama selepas itu ibunya mendapati Nurhidayah lesap dan kereta itu juga sudah beredar. Kali terakhir dia dilihat memakai baju sekolah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pelajar tingkatan lima itu memang tidak membawa telefon bimbit ke sekolah dan hanya membawa komputer tablet milik sekolah, namun gagal dihubungi.

"Kami sekeluarga cuba bertanya rakan sekolah dan gurunya namun, tiada petunjuk positif dan kami sendiri tak tahu dengan siapa dia berkawan atau keluar.

"Laporan polis sudah dibuat di IPD (Ibu Pejabat Daerah) Nilai pada hari Jumaat lalu selepas dia tidak pulang dalam masa 24 jam," katanya.

Menurutnya, bapa kepada anak bongsu daripada lima beradik itu diserang angin ahmar dan tidak dapat bekerja menyebabkan ibunya terpaksa mengambil alih tugas mencari rezeki.

"Bapa dia kerap menangis apabila fikirkan Nurhidayah. Semalam dia keluar rumah dengan keadaan bertongkat kerana mahu mencari anaknya walaupun dalam keadaan macam itu.

"Ibunya pula walaupun tidak kuat dari segi emosi, namun gagahkan diri keluar mencari rezeki. Adik-beradiknya memang harapkan Nurhidayah pulang ke pangkuan keluarga," katanya.

Dia berkata, dia bimbang keselamatan remaja itu jika terbabit dengan kes pemerdagangan atau dibawa lari untuk dieksploitasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu pada Jumaat lalu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list