CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 4

[Tempatan] Harga telur di Malaysia paling murah

[Copy link]
Post time 18-5-2025 01:12 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Harga jualan telur di Malaysia merupakan harga paling murah di rantau Asia Tenggara apabila dijual pada harga hanya RM 0.42 sebiji berbanding negara-negara serantau yang lain.

Menerusi hantaran Majlis Keselamatan Negara cawangan Terengganu di media sosial menerangkan, harga telur yang dijual di pasaran tempatan adalah yang termurah jika dibandingkan dengan beberapa jiran antaranya Thailand dengan harga pasaran RM 0.52 sebiji.

“Harga jualan telur di Kemboja adalah RM 0.87 sebiji, di Myanmar RM 0.84, Filipina RM 0.94 sen manakala di Vietnam kini mencatatkan harga semahal RM 1.03 bagi sebiji telur,” jelas hantaran tersebut.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi bagi telur ayam bermula 1 Ogos ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kawalan harga telur ayam juga akan ditamatkan, manakala kadar subsidi akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji berkuat kuasa esok, sebelum subsidi dihentikan sepenuhnya.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam kekal mencukupi dan terjamin, berikutan kos pengeluaran yang telah stabil.

“Keadaan ini terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri lalu, apabila bekalan telur berada pada tahap mencukupi dengan harga yang kompetitif,” menurut kenyataan itu.

KPKM menjelaskan bahawa keputusan kerajaan untuk menyasar semula subsidi telur ayam dibuat dengan mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama adalah tidak mampan bagi kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde subsidi naiklah harga telur..i mkn 3 ke 4 biji yelur harian...huhu memingkat belanja
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:03 PM | Show all posts
1. Ni tanda2 nak naik harga lagi.
2. Kenapa kene tulis RM0.94 sen? Pilih satu je. RM0.94 atau 94 sen
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga di malaysia lebih rendah dari negara lain...dah lama tak keluar ayat serupa ni...

Teringat dulu macai-macai PH suka troll kerajaan masa kerajaan umum potong subsidi. Mana semuanya? Dah mati ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh jadi negara subsidi, bila nak tarik kan dah susah. Negara lain tu dorang ikut ja harga pasaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.046792 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list