PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kurang senang apabila menerima komen segelintir pengikut di media sosial yang cuba memberi nasihat tentang cara pemakanan ibu berpantang.
Menurut Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, dia tidak memerlukan pandangan daripada mana-mana pihak yang sekadar bercakap kosong tanpa membuat pertimbangan terhadap diri sendiri terlebih dahulu.
"Kalau awak tak nampak awet muda atau badan tak kurus, saya tak perlukan nasihat awak fasal pantang.
"Rata-rata komen di TikTok mengatakan makan ikan pari itu berbisa. Nanti takut anak saya kembung perut," ujarnya.
Malah pelakon juga merasa pelik kerana kerap menerima nasihat sebegitu sedang dia sudah habis tempoh berpantang.
Perkara itu secara tidak langsung melemahkan semangat Atikah untuk membuat pengisian kandungan ‘mukbang’ seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.
"Sibuk lagi cakap fasal makanan pantang, padahal saya dah habis pantang.
"Awak ingat saya nak dengar cakap awak? Serius saya malas nak buat mukbang," luahnya.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Lyla Mulan Teh yang dilahirkan pada 8 Mac lalu. - mStar
|