KUCHING: Sebuah kenderaan yang diparkir berhampiran bengkel stesen minyak di Jalan Kereta Api di sini musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran malam tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 7.25 malam, dan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang telah segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis hatchback yang musnah 100 peratus selepas api merebak dari bahagian enjin,” kata JBPM Sarawak dalam satu kenyataan.
Kakitangan stesen minyak telah cuba memadamkan api sebelum ketibaan bomba, namun usaha mereka tidak berjaya apabila kebakaran semakin marak.
Pasukan bomba kemudiannya berjaya memadamkan api menggunakan air dari jentera bomba, diikuti dengan operasi overhaul bagi memastikan kebakaran benar-benar dipadamkan sepenuhnya.
Pasukan tersebut kembali ke balai selepas memastikan tiada lagi punca kebakaran yang tinggal.
|