CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tuduhan Rafizi burukkan imej parti, hina ahli PKR - Pemimpin PKR Balik Pulau

[Copy link]
Post time 13-5-2025 02:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-5-2025 02:29 AM

Tuduhan Rafizi burukkan imej parti, hina ahli PKR - Pemimpin PKR Balik Pulau

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
12 Mei 2025 03:24pm




Adzlan Adzhar



BALIK PULAU - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa bersikap angkuh serta cuba memecahbelahkan parti menerusi kenyataannya yang menuduh wujudnya amalan rasuah dalam pemilihan parti kali ini.

Timbalan Ketua Cabang PKR Balik Pulau, Adzlan Adzhar berkata, dakwaan Rafizi itu bukan sahaja menghina ahli-ahli PKR yang selama ini konsisten memperjuangkan agenda menentang rasuah malah memburukkan imej parti secara keseluruhan.


“Jika benar berlaku rasuah seperti didakwa, mengapa Rafizi tidak membawa bukti tersebut kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

"Mengeluarkan tuduhan tanpa bukti hanyalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Adzlan turut menyelar kenyataan Rafizi yang menyebut berlakunya perpecahan antara kepimpinan cabang dengan akar umbi sebagai ‘kepala tanpa badan’ serta dakwaan kononnya wujud ‘kartel’ dalam parti.

“Kenyataan-kenyataan seperti ini seolah-olah cuba membayangkan wujudnya kem tertentu dalam PKR dan seterusnya menghasut ahli untuk bertelagah sesama sendiri.

"Rafizi sendiri dilihat bertindak seperti kartel apabila penyokong-penyokongnya lebih cenderung mengangkat kumpulan Invoke yang diasaskannya berbanding mendukung perjuangan PKR secara keseluruhan.

“Jadi yang bertindak macam kartel itu adalah Rafizi sendiri. Tuduhan beliau seperti ‘baling batu sembunyi tangan’,” katanya.


Jelas beliau, Rafizi seharusnya menerima keputusan pemilihan peringkat cabang dan ranting dengan hati terbuka serta bermuhasabah diri, bukannya menuding jari dan menabur pelbagai tuduhan.

“Saya memohon semua calon termasuk Rafizi berkempen secara sihat dengan semangat demokrasi dan tidak melemparkan kata-kata kesat serta tuduhan tanpa asas,” katanya.

Terdahulu, Rafizi dalam siaran langsung audio siar Yang Bakar Menteri mendakwa, amalan menjaga akar umbi dengan memberikan wang menyimpang daripada nilai asal PKR.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa ada calon-calon yang bertanding jawatan ketua Wanita PKR membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli tudung, dipercayai diagihkan kepada perwakilan.

https://www.sinarharian.com.my/article/728015/berita/politik/tuduhan-rafizi-burukkan-imej-parti-hina-ahli-pkr---pemimpin-pkr-balik-pulau



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list