CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki ditahan disyaki dera anak saudara berusia 3 tahun

[Copy link]
Post time 12-5-2025 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki ditahan disyaki dera anak saudara berusia 3 tahun

Oleh BERNAMA - Mei 12, 2025 @ 8:48pm





Gambar hiasan. - Foto fail NSTP



KEPALA BATAS: Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang juga anak saudaranya di Pulau Mertajam, Penaga, di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superitendan C Tharmalingam berkata suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di Bertam susulan laporan dibuat bapa mangsa.

"Siasatan awal mendapati bapa mangsa yang bekerja dan tinggal di Kelantan menghubungi anaknya melalui panggilan video pada hari kejadian sebelum terlihat bekas abang iparnya merotan kanak-kanak itu.

"Ketika itu, mangsa dilihat menangis. Suspek tinggal serumah dengan bekas isterinya (ibu mangsa)," katanya kepada Bernama hari ini.

Tharmalingam berkata pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanak-kanak itu.

Katanya, lelaki terbabit mendakwa tindakan merotan bukan bertujuan mendera, sebaliknya kerana mangsa sering menangis.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1395163/lelaki-ditahan-disyaki-dera-anak-saudara-berusia-3-tahun





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035913 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list