CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perokok tegar, lelaki usia 60 tahun ke atas mudah, berisiko dijangkiti tibi

[Copy link]
Post time 10-5-2025 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Perokok tegar, lelaki usia 60 tahun ke atas mudah, berisiko dijangkiti tibi

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 10, 2025 @ 3:13pm






Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Awam JKNPP, Dr Rozaini Mat Shah merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang di pusat beli belah di Alma, Bukit Mertajam. - NSTP/ Nur Izzati Mohamad



BUKIT MERTAJAM: Perokok aktif dan lelaki warga emas berusia 60 tahun ke atas antara kumpulan tertinggi yang mudah dan berisiko dijangkiti penyakit tuberkulosis atau tib.

Ia berikutan tahap imuniti dua golongan itu yang semakin menurun kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat termasuk peningkatan faktor usia.

Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Awam di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr Rozaini Mat Shah, berkata imuniti rendah menyebabkan mereka lebih mudah menerima jangkitan dalam apa jua jenis penyakit khususnya tibi.

"Tahun lalu, kalangan warga emas lelaki berusia 60 tahun ke atas kita dapat tengok sangat berisiko tinggi dan mudah menerima jangkitan tibi termasuk perokok.

"Ini mungkin dari segi tahap imuniti badan sesetengah orang yang bila tahap imun menurun, penyakit itu akan muncul," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini.

Jelasnya, tibi antara lima penyakit berjangkit tertinggi di Pulau Pinang selepas tangan, kaki dan mulut (HFMD), keracunan makanan serta denggi.

Bagaimanapun, Dr Rozaini berkata kadar insiden dan kematian pesakit tibi di negeri ini menunjukkan tren penurunan tahun lalu.

"Mengikut data kebangsaan pada 2024 , sebanyak 26,183 kes baharu tibi dilaporkan berbanding 26,149 kes pada 2023 yang menunjukkan peningkatan 0.1 peratus.

"Namun di Pulau Pinang, sebanyak 1,273 kes baharu dan berulang pesakit tibi dilaporkan pada 2024 berbanding 1,303 kes pada 2023 yang menunjukkan penurunan 2.3 peratus.

"Jumlah kematian direkodkan tahun lalu pula sebanyak 125 kes berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan 156 kes," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Rozaini berkata, penurunan kes itu didorong kempen pendidikan kesihatan yang dijalankan secara menyeluruh dan tanpa henti.

"Selain itu, ia juga dari segi rawatan yang diberikan kepada pesakit termasuk memantapkan ujian saringan di klinik kesihatan dan hospital bagi membendung penyakit ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1394410/perokok-tegar-lelaki-usia-60-tahun-ke-atas-mudah-berisiko-dijangkiti





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.033667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list