CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Sabah] SIRIM, ELMU jalin kerjasama strategik tingkatkan keupayaan negara dalam standard dan inovasi

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:32 AM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Kassim dan Dato' Ahmad Sabirin menunjukkan dokumen MoU yang dimeterai bersama.

SEREMBAN: SIRIM Berhad (SIRIM) dan Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) semalam memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan keupayaan Malaysia dalam pelaksanaan dasar, penjenamaan global dan pembangunan kapasiti dalam bidang standard dan inovasi.

MoU yang ditandatangani di kampus ELMU di Bandar Enstek, Nilai itu menandakan permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Ketika berucap, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, kerjasama itu dirangka bagi memacu kecemerlangan dalam pendidikan, latihan, penyelidikan dan inovasi selaras dengan agenda pembangunan negara.

Beliau berkata pihaknya berkongsi matlamat sama, iaitu memperkukuh keupayaan negara dalam penguatkuasaan, kepimpinan, pengurusan dan teknologi baharu.
"Di SIRIM, kami percaya kepada jalinan kerjasama yang kukuh dan bermakna.

"Fokus ELMU dalam pendidikan penguatkuasaan dan kepimpinan melengkapi kekuatan SIRIM dalam bidang standard, kualiti dan inovasi.

Melalui sinergi ini, kami berhasrat untuk membangunkan bakat masa depan yang dilengkapi asas akademik yang kukuh dan kepakaran praktikal,” katanya.

Beliau menambah, di bawah MoU itu, SIRIM dan ELMU akan membangunkan pensijilan kelayakan mikro dan program latihan berfokus industri dalam bidang utama termasuk pengurusan kualiti dalam penguatkuasaan undang-undang, pengurusan bencana, liabiliti korporat, amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), serta kecerdasan buatan (AI).

“Kerjasama ini juga akan menyokong penyelidikan bersama, projek berasaskan inovasi, dan akses bersama kepada infrastruktur teknikal bagi menggalakkan penggunaan teknologi canggih seperti AI, analitik data raya dan penyelesaian pembangunan lestari,” ujarnya.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Eksekutif dan Naib Canselor ELMU, Profesor Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed menyatakan keyakinannya terhadap kejayaan kerjasama tersebut.

“MoU ini mencerminkan matlamat bersama kami untuk meningkatkan penanda aras prestasi, memperkasa industri melalui pengetahuan dan pensijilan, serta menyokong pembangunan negara menerusi pendidikan dan inovasi. Ia menjadi asas kepada kerjasama strategik dalam memupuk bakat, memajukan standard dan mempercepat kemajuan negara,” katanya.

Dr. Kassim turut merasmikan pelancaran inisiatif ESG ELMU semasa majlis tersebut, sambil menegaskan bahawa kerjasama itu selari dengan komitmen keduadua institusi terhadap kelestarian dan agenda nasional.

“Inisiatif ESG dan MoU dengan SIRIM membawa mesej yang jelas. ELMU bersedia untuk memimpin, mencabar norma, berinovasi dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada cabaran terbesar masa kini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ELMU, Dato’ Hairul Ridza Hayata; Ketua Pegawai Kewangan ELMU, Datin Noraini Aripin; Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan SIRIM, Mohd Faisal Abdul Shukor dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi SIRIM, Nik Sazali Nik Hussin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041871 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list