CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Aerobig Day kembali dianjurkan untuk edisi kedua

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:28 AM | Show all posts |Read mode


Lamat (tiga kanan) bersama pengerusi penganjur Ryan Jee (dua kanan), Pengasas Bantu Sarawak Jeffery Ngui (tiga kiri) dan yang lain menunjukkan poster Sarawak AeroBig Day 2025 di Kuching hari ini. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak Aerobig Day, acara aerobik berunsur kebajikan, kembali dianjurkan untuk edisi kedua dan akan berlangsung di empat bandar utama di negeri ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Lamat Nyalau berkata, empat lokasi penganjuran tersebut melibatkan bandar Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching bermula 28 September hingga 19 Oktober.

“Kami akan memulakan acara ini di Stadium Miri, Miri pada 28 September, diikuti oleh Bintulu pada 5 Oktober yang akan berlangsung di Lasar Kenyalang, Lapangan Terbang Lama.

“Acara ini kemudian diteruskan di Sibu pada 12 Oktober di Dataran Tun Tuanku Bujang sempena sambutan Hari Sukan Negara dan akan berakhir di Padang Merdeka, Kuching pada 19 Oktober, sempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Sarawak AeroBig Day 2025 dengan tema Jom Amal, Jom Aerobik di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Lamat berkata, Sarawak AeroBig Day 2025 kembali dengan visi yang lebih besar dan bermakna iaitu menyatukan rakyat negeri ini melalui kecergasan, amal dan semangat komuniti.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran kira-kira 3,500 peserta dengan kutipan dana yang lebih banyak berbanding tahun lalu dengan tujuan untuk membantu golongan memerlukan.

“Untuk makluman, tahun lalu kita berjaya menghimpunkan lebih 2,800 peserta dan mengumpul sebanyak RM20,000 dana sekali gus membuktikan sokongan kukuh masyarakat terhadap kecergasan yang membawa tujuan murni.

“Kami harap acara ini sekali lagi akan mendapat sambutan dan sokongan luar biasa dalam masyarakat kerana ini adalah usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Beliau menambah, acara itu bukan sekadar aktiviti kecergasan tetapi turut membawa misi memperkasa komuniti melalui Projek Noah’s Ark, iaitu inisiatif kebajikan yang membantu komuniti terpinggir di seluruh Sarawak.

Sarawak AeroBig Day 2025 dianjurkan oleh Bantu Sarawak dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai penganjur bersama dan disokong oleh Life Event Borney serta JVY Event Management selaku rakan kolaboratif rasmi.

Orang ramai yang berminat menyertai acara tersebut boleh mendaftar melalui platform CheckPointSpot sehingga 31 Ogos 2025 manakala kempen Early Bird berlangsung sehingga 4 Jun 2025 dengan harga diskaun bagi tiga kategori disediakan.

Bagi Kategori A peserta akan ditawarkan Baju-T, gelang tangan dan cenderamata dengan bayaran RM50 harga biasa dan pendaftaran awal RM45, Kategori B - Baju-T dan gelang tangan (harga biasa RM35 dan pendaftaran awal RM30) dan Kategori C - gelang tangan sahaja (harga biasa RM15 dan pendaftaran awal hanya RM10).

Pelajar turut ditawarkan harga istimewa dengan bayaran RM10 untuk setiap penyertaan dengan syarat pendaftaran dilakukan secara manual.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook AeroBig Day atau ikuti @aerobigday di Instagram.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.037004 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list