Dalam video tersebut, wanita yang kini berusia lebih 30-an itu mempersembahkan beberapa fesyen harian yang menonjolkan sentuhan kasual tetapi tetap memukau daripada jaket berpotongan kemas hingga seluar bercorak plaid.
Clara kelihatan selesa apabila tampil dengan loose jeans, striped shirt dan menggayakan tote bag ringkas agar penampilannya nampak muda namun tidak terlalu berlebihan.
Bahkan dia juga menunjukkan bagaimana beberapa item seperti baju sweater polos dan kasut loafer diulang pakai dengan menggunakan teknik mix and match.
Dia juga selesa menggayakan warna-warna neutral seperti coklat, beige, putih dan hitam, namun tetap berani bermain dengan rona maroon, hijau pine dan biru mengikut keadaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji cara beliau menggayakan pakaian yang tampak ringkas namun penuh bergaya.
Menariknya, dalam kapsyen video, Clara menyatakan bahawa beliau kini lebih yakin dengan pilihan fesyen sendiri dan menganggap usia memasuki 40-an membantunya mengenali stail yang paling sesuai dengan bentuk tubuhnya.
"Saya rasa benda yang sama! Seperti awak yang mula menyedari pakaian yang estetik pada usia lewat 30-an," tulis Carolines Creative Flow.
"Oh my gosh! This is so accurate! Haha," tulis Theukayqueen.
"Suka style awak," tulis Devigemala.
"Pakaian itu nampak sangat selesa! Stail awak pun nampak cool!," tulis Justmmytype. —
Majoriti