CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Hati-hati jika bayi kecil terkena hentakan di kepala, ibu bapa perlu peka bagi elak anak miliki masalah pendengaran

[Copy link]
Post time 28-4-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode


IBU BAPA diseru supaya sentiasa peka terhadap kesihatan pendengaran bayi mereka bagi membolehkan sebarang masalah dikesan seawal mungkin, sekali gus memudahkan proses pemulihan.


Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr Yogendra Panchalingam berkata, masalah pendengaran boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuk bayi baru lahir dan kebiasaannya tidak dapat dikesan secara jelas pada peringkat awal.


“Ujian saringan pendengaran amat penting untuk pengesanan awal bagi mengelakkan kesan negatif terhadap perkembangan pertuturan, keupayaan kognitif dan interaksi sosial kanak-kanak,” katanya.


Beliau turut menekankan bahawa pendengaran bayi mudah terjejas terutamanya akibat kecederaan kepala.


Oleh itu, beliau menasihati ibu bapa agar segera mendapatkan pemeriksaan pendengaran daripada profesional perubatan sekiranya bayi mengalami sebarang hentakan atau kecederaan di kepala.


Dr Yogendra menyampaikan peringatan itu semasa merasmikan bengkel dua hari Hearing Screening Staff Privileging Guidelines yang diadakan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


Bengkel anjuran Unit Audiologi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah itu menghimpunkan lebih 50 peserta terdiri daripada kakitangan saringan pendengaran, paramedik dan jururawat perubatan.


Dr Yogendra berkata, bengkel tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai garis panduan serta standard saringan pendengaran.


Selain itu, bengkel itu dibuat bagi memperkasakan kebolehan kakitangan dalam menyampaikan maklumat kesihatan dengan lebih berkesan kepada masyarakat.


Sepanjang bengkel itu, peserta turut didedahkan dengan enam pembentangan oleh pakar perubatan dan audiologi, di samping sesi latihan praktikal serta aktiviti saringan.


Antara yang hadir termasuk Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) Sabah, Dr Halimudin Sawali; Ketua Perkhidmatan Audiologi Sabah, Sitti Ladyia Mohd Salleh; dan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr K. Balanathan Kathirgamanathan.  — The Star


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051594 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list