CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dilapor hilang semasa jalankan aktiviti pendakian ditemui selamat

[Copy link]
Post time 28-4-2025 03:57 PM | Show all posts |Read mode


Mangsa yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian dalam hutan, Jalan Kemuyang ditemui selamat. - Gambar JBPM Zon 4 Sibu

SIBU: Hanya dalam tempoh hampir satu jam, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menjumpai seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menjalankan aktiviti pendakian di dalam hutan, di Jalan Kemuyang, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang orang awam tersesat di dalam hutan semasa melakukan aktiviti pendakian.

“Komander operasi telah melakukan size-up dan telah mengarahkan anggota untuk melakukan pemantauan di sekitar kawasan yang telah dilaporkan mangsa tersesat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima bahawa satu pasukan orang awam seramai empat orang telah mencari mangsa menggunakan lokasi yang telah diberikan oleh mangsa melalui WhatsApp.

“Pencarian mangsa lebih kurang radius dua kilometer (KM) dari jalan utama.

“Mangsa yang berusia 46 tahun telah dijumpai dalam keadaan selamat dan telah dibawa keluar dari kawasan tersebut ke kawasan jalan utama.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat jam 5.28 petang," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039241 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list