CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28|Reply: 0

[Sarawak] Konsert beri impak positif kepada pelancongan

[Copy link]
Post time 28-4-2025 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Penganjurannya bakal bawa berita baik kepada pertambahan jumlah kedatangan pengunjung: Abdul Karim



Penganjur menyampaikan cenderamata berupa kemeja T Konsert Nidji – Pelangi di Kuching 2025, tertera nama YB Karim kepadanya malam tadi.

KUCHING: Penganjuran lebih banyak konsert di Sarawak bakal membawa berita baik kepada pertambahan jumlah kedatangan pengunjung bagi sektor pelancongan dalam negeri, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menambah, impaknya telahpun kelihatan sejak awal tahun ini apabila kerajaan negeri menganjurkan konsert Sambutan Ambang 2025 di sini dengan menjemput biduanita Hetty Koes Endang untuk membuat persembahan.

“Kita dapat melihat jumlah kenderaan dari Kalimantan Barat masuk banyak. Pada Ambang Tahun Baharu 2025 tiga hari berturut-turut di CIQS Tebedu memang sesak. Ada yang bercuti dan mereka juga tahu Hetty Koes Endang datang pada masa itu.

“Di Miri apabila Nidji buat persembahan tahun lepas, ramai yang datang dari Brunei,” katanya.

Justeru, penganjuran konsert baik di Kuching, Sibu mahupun Miri akan memberi impak terhadap pelancongan yang sememangnya cukup bagus, tambah beliau semasa ditemui pemberita pada Konsert Nidji – Pelangi di Kuching 2025 di sini, semalam.

Beliau malah memaklumkan bahawa Sarawak bakal menyaksikan tiga konsert di Miri iaitu Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei 2025, Konsert Berkat Gawai-Kamaatan 21 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri dan Wali in Concert pada 24 Mei 2025 di  Eastwood Valley Golf & Country Club.

Sasaran pihaknya adalah pengunjung dari negara Brunei Darussalam, tambahnya kemudian.

Kerajaan Sarawak kini ujarnya, sedang dalam proses rundingan untuk membawa masuk seorang artis terkenal dari Amerika Syarikat (AS) untuk membuat persembahan eksklusif di Kuching yang dijangkakan pada Oktober.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, kumpulan legenda Earth, Wind and Fire akan membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025.

“Adalah penting untuk menyelitkan penyertaan artis tempatan dalam setiap acara berskala besar sebagai usaha membina keyakinan dan memperkasakan bakat industri kreatif tempatan,” jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.147079 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list