CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 800 peserta sertai Pet Walk 2025, kutipan RM10,000 untuk SSPCA

[Copy link]
Post time 28-4-2025 11:04 AM | Show all posts |Read mode


Peserta Pet Walk 2025 merakamkan gambar bersama sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki.
KUCHING: Acara  Pet Walk 2025 hari ini mencatat kejayaan luar biasa dengan penyertaan lebih 800 peserta dan lebih 160 haiwan peliharaan, termasuk anjing, kucing, arnab, kura-kura dan burung.

Berlangsung di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), acara julung kalinya itu merupakan anjuran Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching dengan kerjasama Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Bintang Sarawak (SSCPA).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng yang memuji penganjuran acara tersebut sebagai platform yang bukan sahaja meraikan kasih sayang terhadap haiwan peliharaan, malah meningkatkan kesedaran tentang pencegahan rabies dalam kalangan masyarakat.

“Acara ini memperlihatkan semangat muhibah penduduk Kuching Selatan dan komitmen kita untuk membentuk komuniti yang bertanggungjawab serta penyayang terhadap haiwan.

"Ia juga mengingatkan kita tentang pentingnya vaksinasi dan pelesenan haiwan peliharaan demi keselamatan bersama,” ujar beliau.


Wee (tiga kanan) menyaksikan penyerahan cek sumbangan daripada Ryan kepada Dona (dua kanan) untuk SSCPA.

Presiden Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching Ryan Jee merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong acara tersebut dan mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada SSPCA untuk membantu operasi harian mereka.

“Pet Walk 2025 membuktikan bahawa komuniti Kuching bukan hanya menjadi pemerhati sejarah, tetapi bersama-sama mencipta sejarah dengan mempromosi pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab dan mencegah isu haiwan terbiar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SSPCA Datin Dona Drury Wee menegaskan bahawa program vaksinasi rabies adalah kunci utama dalam usaha mencapai sasaran global ‘Sifar Kematian Rabies’ menjelang 2030.

Melalui kerjasama dengan Boehringer Ingelheim Malaysia, sebanyak 700 dos vaksin anti-rabies akan disalurkan untuk komuniti kucing tempatan melalui SSPCA dan DVS Sarawak.

Acara turut mendapat sokongan Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching, yang menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta, serta City Joggers Club yang bertugas sebagai 'marshall'.


Pemenang pemilik kucing dan anjing peliharaan dengan pakaian paling kreatif merakamkan gambar bersama  Wee (lima kiri). Turut kelihatan Ryan (enam kiri) dan Dona (empat kiri).

Pet Walk 2025 turut diadakan bersempena memperingati Hari Haiwan Terbiar Sedunia pada April, sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan memandulkan, memvaksin dan menjaga haiwan peliharaan dengan penuh tanggungjawab.

Acara ini sekali lagi membuktikan bahawa Kuching bukan sahaja sebuah bandar penuh perpaduan, tetapi juga sebuah komuniti yang berjiwa penyayang terhadap semua makhluk.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035355 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list