CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

[Sabah] Tagal Kampung Kijang Merotai terima lebih 13,000 pengunjung

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:30 AM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Liew menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Perikanan Negeri Sabah kepada Abdul Mustapha.

TAWAU: Lebih 13,000 orang direkodkan datang berkunjung di Tagal Kampung Kijang, Merotai, di sini, sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pegawai Wilayah Perikanan Tawau Mohd Rizal Socradji berkata, ia menjadikan tagal yang terletak di kawasan terpencil itu terbaik di Tawau.

“Pusat rekreasi itu sekali gus dapat membantu menjana pendapatan ekonomi penduduk apabila ada pelancong luar berkunjung ke sini.

“Berdasarkan rekod Tagal Kampung Kijang menerima kehadiran pengunjung daripada beberapa daerah luar termasuk Kota Kinabalu,” katanya.

Katanya, empat lokasi tagal lain terletak di kawasan Balung, Kampung Ranggu, Kampung Sungai Imam dan Kuala Nangsa.

Mohd Rizal berkata, pihaknya telah mengenal pasti dua lagi lokasi lain yang berpotensi dibuka untuk aktiviti tagal iaitu di Bukit Quinn dan Rancangan Blok 31.

Beliau berkata demikian sempena majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Jabatan Perikanan Negeri Sabah kepada Jawatankuasa Tagal Kampung Kijang, semalam.

Terdahulu, antara sumbangan yang diberikan berupa tali, jaket keselamatan, pelampung, lampu solar dan tong sampah untuk kegunaan operasi tagal di sini.

Sumbangan itu disempurnakan oleh Naib Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Penasihat Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPN), Tan Sri Liew Yun Fah JP.

Sementara itu, Liew berkata usaha yang diambil Jawatankuasa Tagal Kampung Kijang perlu dicontohi dan menjadi ikutan dalam usaha merancakkan ekonomi serta pembangunan di Merotai.

“Ia selari dengan hasrat dan hala tuju kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Nor iaitu Sabah First, mengutamakan keperluan rakyat.

“Bagi menyokong lagi usaha tersebut, saya turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada tabung jawatankuasa di sini, selain merancang pemasangan lampu solar di sepanjang jalan masuk ke sini,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tagal Kampung Kijang Abdul Mustapha Massa berkata, sebahagian hasil pendapatan operasi akan disalurkan untuk kerja baik pulih serta naik taraf fasiliti di sini.

“Manakala sebahagian lagi dikembalikan kepada masyarakat untuk kerja kebajikan seperti khairat kematian dan bantuan pendidikan.

“Terima kasih kepada semua pihak khususnya kerajaan negeri, Jabatan Perikanan Negeri dan Tan Sri (Liew) yang banyak sentiasa menyokong dan membantu operasi Tagal Kampung Kijang,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045568 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list