CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47|Reply: 0

[Sabah] Keningau bersedia sambut Pesta Kaamatan 2025, 9 hingga 11 Mei ini

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:24 AM | Show all posts |Read mode


RAFIE ROBERT

KENINGAU: Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau dijadual diadakan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei ini di Dataran Keningau dengan tema 'Kaamatan Montok Toinsanan' (Kaamatan Untuk Semua).

Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Dijangka hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden KDCA yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik, ADUN Liawan merangkap Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Berhad (SEC), Datuk Annuar Ayub Aman.

Menurut Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau, Rafie Robert, penganjuran kali ini memberi peluang setiap etnik di Keningau mempamerkan adat istiadat, kebudayaan tradisional dan mempromosikan produk masing-masing.

Sepanjang tiga hari, pengunjung dijemput menyertai Sukan Tradisi, Aktiviti Tradisi dan Tamu Tradisi, selain pertandingan, pameran kraftangan, persembahan seni dan program interaktif untuk seisi keluarga.

Pada hari pertama, 9 Mei (Jumaat) acara “Sodop Pointutunan Unduk Ngadau & Buvazoi Tavantang Kaamatan Keningau 2025” akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau yang akan menampilkan persembahan Datuk Francis Landong, Marsha Milan, Suili George, serta penampilan khas Totu Henryco David dan Tati Monica Majin.

Penganjuran itu dijalankan oleh KDCA Keningau dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan festival percuma ini yang turut menjadi platform mengukuh semangat perpaduan dan memartabatkan warisan budaya Sabah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.106760 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list