CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26|Reply: 0

[Borneo] Kes tembak di Jalan Stephen Yong: Enam ditahan, sepucuk pistol dirampas

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:16 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Polis menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak di Jalan Stephen Yong, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, suspek-suspek yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 45 tahun ditangkap di lokasi berbeza antara pukul 4 hingga 5.30 petang.

Katanya, pihaknya turut merampas sebuah kereta dan sepucuk pistol berserta 10 butir peluru.

"Siasatan awal mendapati kumpulan ini terlibat di dalam kejadian yang berlaku dan motif kejadian masih dalam siasatan.

"Kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 12 jam dan kesemua suspek akan direman bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Pada jam 5.30 pagi tadi, seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun maut setelah terkena tembakan ketika melalui Jalan Stephen Yong.

Susulan itu, dua lelaki membawa mangsa yang terbaring dalam kereta ke Balai Polis Batu Kawa.

Pasukan siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bersama pegawai perubatan yang dikerahkan ke lokasi kejadian telah mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.099371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list