CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1638|Reply: 18

‘Tak kisah nak cakap saya malukan anak, tiada masa murung’

[Copy link]
Post time 26-4-2025 05:29 PM | Show all posts |Read mode


PENYAMPAI radio Syarifah Shahirah enggan mengambil pusing dengan tohmahan ramai yang mengecam tindakannya mendedahkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anak perempuannya, Airra Zulkifli yang meraih satu A dalam media sosial baru-baru ini.


Menurutnya yang mesra disapa sebagai Shiera, tindakannya itu bukan untuk membuka aib sebaliknya mahu memberi semangat untuk anaknya dan calon SPM lain agar berusaha lebih keras pada masa akan datang.


“Sebenarnya keputusan satu A atau dua A memang level keluarga saya walau sudah berusaha macam mana pun. Salah satu yang dapat A pasti bahasa Inggeris.


Airra pun tak boleh dan tiada masa pun untuk murung serta saya juga tak suka nak drama-drama.


“Kalau netizen nak cakap saya memalukan anak atau apa pun, saya tak kisah dan pergi mati (dengan kecaman). Kalau hari ini murung, perbaiki diri dan jadi lebih baik,” katanya kepada HibGlam pada majlis rumah terbuka Sinar FM di sini, semalam.


  


Tak menjadi kudis


Tambah Shiera, semua komen netizen tidak menjadi kudis dalam hidupnya namun menegaskan selain ilmu, adab juga amat penting untuk menjadi individu lebih baik.


Memang ada orang cakap saya malukan dan kasihan anak, tetapi saya sudah biasa dengan perkara itu termasuk orang cakap saya bodoh dan artis tiada ilmu.


“Di sini, saya nak buktikan pada orang, kalau tiada ilmu pun kita boleh berjaya dan ada banyak cara lain termasuk adab.


  


“Kadang-kadang kalau terlampau bijak, banyak sangat pendapat dalam hidup pun nak jadi apa?


“Saya sentiasa sokong anak dan kalau dia kecewa sekarang, jangan sedih sebab perjalanan masih panjang. Dapatkan keputusan baik pula untuk diploma atau sarjana muda nanti,” ujarnya.


Tak halang anak pilih


Dalam masa sama, dia tidak menghalang anak-anaknya memilih aliran yang diminati untuk menyambung pelajaran di mana-mana institusi pendidikan.


“Saya ada minta Airra masuk Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tawarkan bidang muzik tetapi dia kata mahu belajar dari YouTube.


Jadi, terpulanglah. Asalkan tidak menyusahkan orang apabila sudah memasuki alam pekerjaan nanti termasuk pergi kerja awal dan beri manfaat pada orang lain,” jelasnya.


Terdahulu, Shiera tetap berbangga dengan pencapaian Airra yang meraih satu A dalam peperiksaan SPM 2024.


Namun, tindakannya berkongsi keputusan peperiksaan Airra mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk dikatakan memalukan anaknya. – HIBGLAM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi sheols konsisten yach sebab semua anak pon jawapan & treatment sheols sama

bab tu iols puji la kak rara
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dan yang penting tak menipu macam kak km
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cool la sheols ni.. antara artis genuine.. tapi iols rasa dia tifu tak pandai masak.. tatau le pandai masak ke tak.. tapi tgk cara cam pandai
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabik gak ngan kak rara ni. X malu result anak. Org luar plak butthurt sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak kisah 1A pun...mengada2 rakyat jelata..my doter pun 1A..idok ler i malu ke apa...jln terus aje..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Airra nih yg mcm boyish pandai main musik, suka art pastu tak byk ckp tu kan?
Anak no 2 lepas si abang kan?
Kalau ikutkan anak no 3 kalau satu mak
Dia nih nampak diam2 je tp ada satu rancangan apa tah org suh dia wish kt mak dia
Ayat dia menusuk sgt, mcm menda yg dia nak tu adalah dia teringin nk kuar berdua2 ngn mak dia camtu laa lebih kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
spm aku pun azab nok. celah bedah tetiba jadi majistret. mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bkn typical punya pemikiran yg kena scored good result baru jadi org berjaya dan berguna.
They all ni jenis go with flow..  
Tak cemerlang akademik pun byk je lagi jln nak berjaya dlm hidup.
Budak ni pun nampak minat ke music.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 26-4-2025 07:04 PM
Cool la sheols ni.. antara artis genuine.. tapi iols rasa dia tifu tak pandai masak.. tatau le panda ...

Rasanya pandai ja masak. Mcm mak2 lain .. utk masak kt family tu lepas ja. Ceh.. aku lak yg tau lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
3480 replied at 27-4-2025 02:40 AM
Rasanya pandai ja masak. Mcm mak2 lain .. utk masak kt family tu lepas ja. Ceh.. aku lak yg tau le ...

Pandai je tu.. sheols potong bawang ok.. banding dengan acik b40 17 tahun merana potong bawang pun terkial² tapi mulut duk cakap saiya suka memasak
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:43 PM | Show all posts
ni yang sheols dokong masa abp dulu katanya anak angkat tokti ke?
1A pun okay la dik... ada straight A pun bimbo jua...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kenarihitam at 27-4-2025 08:43 PM
cikgojesss replied at 26-4-2025 11:35 PM
spm aku pun azab nok. celah bedah tetiba jadi majistret. mampu


Sama.aku spm pun hauk.now aman-aman je jadi senior lecturer di IPTA.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 27-4-2025 07:43 PM
ni yang sheols dokong masa abp dulu katanya anak angkat tokti ke?
1A pun okay la dik... ada straight ...

Yg tu odah. Aira ni boyish sikit kot. Pandai lukis
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 09:15 PM | Show all posts
800214 replied at 27-4-2025 08:44 PM
Yg tu odah. Aira ni boyish sikit kot. Pandai lukis

ooo kekdahnyer... boyish tapi minat seni... iols pk minat sukan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 09:59 AM | Show all posts
iolls rasa dia patut spent masa lebih sikit ngan cikgu n counselor sekolah

sinvce anak dia mostly kearah seni, patut boleh pilih subjek yang berkaitan je dari form four lagi yang kearah seni

ni gi bantai amik kimia pasai apa

ada member dulu, dia memang target aswara, so SPM dia amek yang basic je, ada 6 kertas je rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 10:14 AM | Show all posts
“Sebenarnya keputusan satu A atau dua A memang level keluarga saya walau sudah berusaha macam mana pun. Salah satu yang dapat A pasti bahasa Inggeris."

Ok la tu kak RaRa..ada gak A walau 1 or 2.

straight A masa SPM bukan penentu KEJAYAAN, KECEMERLANGAN dan KEKAYAAN dalam kehidupan.

Setiap anak ada rezeki masing2. Tak semestinya semua anak cemerlang dalam akademik. Ada yg kurang dlm akademik, tp mungkin cemerlang dalam jurusan lain.
Raikan setiap kejayaan dan kegagalan anak2 dengan seadanya.
Jangan cipta jurang kekeluargaan semata2 kerana akademik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:24 AM | Show all posts
Kena ingat ye..semua manusia ni diberikan kelebihan dalam bidang2 berlainan. Ada yang otak dia lebih kepada pemahaman, ada yang pandai menghafal, ada yang lebih kepada seni, ada yang lebih kepada kemahiran dan ada yang pandai dalam social skill.
So jangan risau..janji pandai bawak diri dan pandai berdikari..alhamdulillah. Jangan bezakan anak2 walau tahap IQ diorang berlainan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:27 AM | Show all posts
I suka tengok anak dia si ara ni, cool je budaknya, cute pulak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.368908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list