CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

PM Anwar rakam penghargaan terhadap pengorbanan warga TLDM

[Copy link]
Post time 26-4-2025 05:27 PM | Show all posts |Read mode
PM Anwar rakam penghargaan terhadap pengorbanan warga TLDM

BERNAMA - April 26, 2025 @ 5:13pm







KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas jasa dan pengorbanan tidak ternilai mereka dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Anwar berkata selama lebih sembilan dekad, TLDM telah menunjukkan komitmen, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.

"Kecekalan dan semangat juang anggota TLDM menjadi benteng utama dalam memastikan negara kita aman dan sejahtera.

"Saya mendoakan TLDM terus maju, diperkasakan dengan teknologi dan kepakaran semasa, serta terus menjadi angkatan laut yang disegani di rantau ini," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini, sempena sambutan Hari TLDM ke-91, esok.

Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Dr Zulhelmy Ithnain sebelum ini memaklumkan sambutan Hari TLDM ke-91 di Pangkalan TLDM Lumut esok, akan diadakan secara sederhana.

Beliau berkata perkara itu bagi menghormati tragedi tahun lepas melibatkan dua helikopter milik TLDM bertembung ketika raptai persembahan mengakibatkan 10 warganya maut.

Tema sambutan Hari TLDM ke-91 tahun ini sama seperti tahun lepas iaitu "TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara". – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1389119/pm-anwar-rakam-penghargaan-terhadap-pengorbanan-warga-tldm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044381 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list