View: 430|Reply: 4
|
India, Pakistan tak selamat, Amar tukar laluan perjalanan ke Mekah
[Copy link]
|
|
Pelakon Amar Baharin terpaksa menukar laluan perjalanan asal bagi misi berbasikal Kembara ke Mekah yang bakal bermula pada 27 April ini susulan konflik di sempadan India dan Pakistan ketika ini.
Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 40, berkata, penukaran laluan perjalanan tersebut dilakukan atas faktor keselamatan dan menyifatkan semua yang berlaku adalah aturan Allah SWT.
“Allah sebaik-baik perancang.
“Kami dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi kita di New Delhi bahawa keadaan di India dan Pakistan adalah tidak selamat untuk dilalui buat misi #JourneyToTanahHaram.
“Sehubungan dengan itu, kami terpaksa ‘reroute’ (menukar laluan) misi ini atas faktor keselamatan.
“Laluan yang terbaharu akan dimaklumkan kemudian,” katanya ringkas dalam Instagram.
Sementara, daam ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan perjalanan Amar ke Tanah Suci dipermudahkan dan dilindungi Tuhan.
“Bagus Amar tukar laluan sebab memang ada ketegangan di sempadan India dan Pakistan ketika ini.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Amar. Simpan semua nombor kedutaan,” komen netizen.
Sebelum ini, Amar memaklumkan akan menyertai misi kayuhan ke Mekah sejauh 8,000 kilometer bermula 27 April depan.
Aktor itu akan memulakan misi tersebut bersama rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Pasangan duo itu dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.
Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.
Sebelum ini, isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli mengakui pada awalnya tidak bersetuju Amar akan menjayakan misi tersebut pada bulan ini.
Bagaimanapun, dia reda dan berlapang dada dengan permintaan suaminya itu selain menyokong apa jua yang dilakukan Amar.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ni smua pnca wife susah hati kt sini.. jihad apa yg bikin wife dan parents susah hati..... dri nk dpt pahala tukar jd nyusahkan ahlul keluarga..... konsep apa aku xpaham..... dok umah dendiam tlg isteri hal2 rumah... pahala mencanak.... nk tmbah ilmu agama caranya 5waktu join solat jemaah d masjid dan aktf dgn aktvt masjid.... tggwjb komuniti plk sntiasa jaga hbgan baik dgn jiran...bntu jika jiran perlukan bantuan.... papa2pun utamakan mk ayah isteri adik2 spupu spapat dahulu..... kenapa smpai kena kayuh beskal bagai. Pkir lah dri 1 sudut perbuatan ni nyusahkan wife. Dh tergendala rutin wife uruskn anak2 dlm satu2 tempoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Hamster ni memang hamak perhatian. Hafal almulk la. Ni buat benda gini pulak. Untuk apa? |
|
|
|
|
|
|
|
"saya tak nak orang undi saya sebab saya handsome.saya nak orang undi saya kerana bakat saya-Amar baharin" eeeeuuuuu... Kata2 beliawwww ketika sertaiiii program anak wayang |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 26-4-2025 04:16 PM
Ni smua pnca wife susah hati kt sini.. jihad apa yg bikin wife dan parents susah hati..... dri nk dp ...
Zaman kita ni allah dah bagi mudah. Boleh naik kapal terbang pergi tanah suci. Lebih selesa, boleh focus & luangkan banyak masa untuk beribadah. Memang la pergi pakai mode apa pon ada risiko tapi rasanya anak bini lebih senang hati kalau cepat sampai (naik kapalterbang). Kalau yg buat trip ni memang x mampu nak naik kapal terbang tu lain cerita la. Si hamster ni retis kot.
Geng2 konoha pon banyak buat trip naik beskal/motor ni. Malaysia xnak kalah nampaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|