View: 1007|Reply: 18
|
Cerai Adira peristiwa hitam dalam hidup, Datuk Red anggap hukuman atas kealpaan
[Copy link]
|
|
GENAP setahun penceraian, usahawan Datuk Seri Adnan Abu menganggap perpisahan dengan penyanyi Adira Suhaimi adalah satu peristiwa hitam dalam hidupnya.
Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, dia menerima penceraian itu sebagai hukuman atas segala kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.
Usahawan berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana sudah menjadi isteri terbaik dan memberi gambaran akan memperbaiki hubungan mereka selepas ini.
“Genap setahun peristiwa hitam (bercerai) saya, ini pengajaran dan hukuman ke atas saya yang alpa.
“Terima kasih Adira selama ini menjadi isteri saya. Semoga awak berbahagia dan yang penting sihat dan yang penting sihat untuk menjaga anak-anak saya. Saya akan kembali nanti,” katanya.
Adnan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Tidak hanya itu, penggunaan tanda pagar yang dimuat naik turut mendapat perhatian ramai menunjukkan kesungguhan Adnan membuktikan cintanya kepada penyanyi lagu Milik Kita ini.
Antara tanda pagar yang digunakan termasuk #sumpahakutakcarilain #tapitunggujodoh #misihabiskanjualanbaju #akutakakandudukdikerusitulagi #akuakankembalimenjadisuamiyangbertanggungjawab #jikatidakakurelamendude #wanitelainjanganteraiaku #akusucidansetia.
Pada Julai tahun lalu, Adnan meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025.
Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian atas faktor kewangan menjadi salah satu punca dia membuat keputusan untuk tangguhkan niat menikahi semula Adira.
Untuk rekod, Adnan dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.
Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan luma orang cahaya mata.
Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
asyik adira je… bekas sorang lagi tu takde ke ko rasa menyesal ceraikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mcm teringin nk tgk ex-wife lg satu merempan. Ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Menumpang glamer ex wife dengan buat drama air mata boya. Geli |
|
|
|
|
|
|
|
Dah menipu duit org, xkan la x terfikir akan dpt balasan dunia. Bajet inesen je neh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Adira terima mmg bodoh.boikot aja Adira ni.melalut kalau nikah tokred ni adira oiii..dah laahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sape la yang bangang sangat duk support mangkuk² hayun yang hidup asyik bergantung dengan content je ni? Semak betul! |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 26-4-2025 07:51 PM
asyik adira je… bekas sorang lagi tu takde ke ko rasa menyesal ceraikan?
Tak ada la kot...
Yg first tu pun sblm cerai...selalu cakap besar...ckp dato red ni takut dgn dia...dia selalu cakap lepas je...garang...sekali kena cerai sekali...
Yg adira pula lemah lembut... |
|
|
|
|
|
|
|
Red
P la cari kerja red
Udah2 la tu up cerita ex bini nombor 2
Ex bini nombor 1 hang tu mcm kain buruk ka? Habeh guna tauk buang dlm tong sampah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Red ni asek sebut adira je haha
Bini2 lain yg kene cerai tu xde kesah la ye |
|
|
|
|
|
|
|
yg 2 orang lg kena cerai tu
peristiwa apa pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya adira ni yang ketiga la ye
1st 2 anak
2nd 5 anak
3rd 4 anak
Jenuh aih nak bayo nafkah (kalau bayar la tapi) |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Red kalau live kat tik tok pun nampk garang jee.. |
|
|
|
|
|
|
|
hangin la yang bekas satu lagi tu... dah la salahkan adira masa dia bakalan bercerai jugak... pastu sekarang bekas laki sikit tak mention kemeranaan menceraikan beliau... hehehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebut nama adira je sebab itu je boleh ditunggang populariti untuk jual barang dan scam orang. Sekufu dua orang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling bercerai ke dia ni? Move on ajelah. klu dh tak mampu tu hidup jela sendiri cari duit bayar nafkah utk anak2. takyah nk sibuk nk remarried lg. drama lebih la |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la scammer, miang pulak. Beranak nak banyak2. Padan muka |
|
|
|
|
|
|
| |
|