Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri 'A_A' yang dibuka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 pada 19 April hingga semalam telah meraih kutipan keseluruhan RM24,022,793
Menurut laporan Harian Metro, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bidaan itu mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 24,470 orang dan sebanyak 6,746 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
"Berdasarkan kepada rekod bidaan, NPI Siri A___A yang dibida dengan harga paling tinggi ialah A9A dengan nilai RM902,020.
"Seterusnya, bidaan kedua tertinggi adalah A11A dengan harga bidaan RM703,007 diikuti A8A berada pada bidaan ketiga tertinggi dengan nilai RM700,000," katanya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
Image via Harian Metro
A7A adalah NPI keempat tertinggi dengan nilai bidaan RM502,000 dan A2A adalah kelima tertinggi dengan nilai RM490,888
Difahamkan, lima nombor yang paling banyak dibida ialah A51A iaitu seramai 40 pembida. Kemudian, diikuti dengan A101A seramai 31 pembida, A8118A seramai 29 pembida, A1881A seramai 27 pembida dan seterusnya A19A sebanyak 27 pembida.
"Terima kasih dan tahniah kepada pembida yang berjaya menerima keputusan rasmi semalam. Terima kasih juga kepada semua yang menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.
"JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya lagi.
Menurut beliau, hasil bidaan NPI, termasuk Siri A__A ini merupakan usaha MOT untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah MOT.
"Ini termasuk Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, Program FlySISWA dan pelbagai inisiatif MOT untuk rakyat," katanya.
Orang Malaysia juga adalah salah satu penggila number plate Kenderaan di luar negara. Kau orang nak tau brrapa juta riggit harga number plate yanhdigunakan oleh Malaysian embassy di London? Terus minit 19.35. Kau orang bangga tak sebagai warga Malaysia? ????
Saya juga boleh beli umber plate untuk kereta saya disini harga tak sampai £500.
Exactly nama saya, iatu nama pertama, nama kedua dan nama ketiga untuk registration kereta saya. Banyak kali fikir nak beli tapi sampai sekarang masih belum beli.