CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81|Reply: 0

[Sarawak] OSC MIDS akan dapatkan data lengkap jumlah pelajar guna vape di Sarawak

[Copy link]
Post time 25-4-2025 08:30 AM | Show all posts |Read mode


Fatimah (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat dan para peserta Seminar Pemerkasaan JKPS dan OSC Daerah 2025 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Jawatankuasa Sehenti (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) akan mendapatkan data lengkap mengenai jumlah pelajar di Sarawak yang menggunakan rokok elektronik atau vape.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia susulan pendedahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini, berlaku peningkatan dalam trend penggunaan vape membabitkan pelajar sekolah dengan 20,000 orang terjebak tahun lalu.

"Ini satu isu baharu yang perlu kita lihat dengan lebih serius. Timbalan Menteri Pendidikan (Wong Kah Woh) di Parlimen baru-baru ini mendedahkan 20,000 pelajar sekolah menggunakan vape dan kita hendak ketahui berapa di Sarawak (pelajar menggunakan vape).

"Dari situ, jika ada data atau statistik untuk Sarawak, kita boleh dan perlu melaksanakan program-program pencegahan serta intervensi seperti mana kita lakukan sekarang bagi menangani isu dadah dan substans," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutupan Seminar Pemerkasaan Jawatankuasa Pencegahan Dadah (JKPS) dan OSC Daerah 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Fatimah bagaimanapun berkata, wujud masalah 'bidang kuasa' kerana pelajar menggunakan vape ketika mereka berada di luar kawasan sekolah.

"Pelajar yang terlibat ini, lazimnya menggunakan vape di luar sekolah. Soalannya, siapa yang bertanggungjawab dari segi undang-undang. Ini yang perlu kita lihat juga.

"Maka, kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat amat diperlukan supaya isu ini dapat ditangani  dengan berkesan," jelasnya.

Beliau berkata, penggunaan vape dalam kalangan pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana golongan ini merupakan generasi pelapis iaitu sumber manusia masa depan.

Menurutnya lagi, cecair vape kemungkinan ditambah dengan bahan terlarang seperti dadah sintetik  yang boleh merosakkan otak dan ini sangat berbahaya lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang masih muda.

Terdahulu dalam ucapannya Fatimah berkata, seminar itu bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan isu penyalahgunaan dadah dan substans dalam kalangan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli OSC MIDS dan JKPD daerah.

"Ini penting bagi memastikan komuniti di peringkat akar umbi terus diperkasakan agar maklamat kita untuk membanteras penyalahgunaan dadah dan substans di Sarawak dapat dicapai," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040433 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list