CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Kedah] UniSHAMS rayu Mara semak semula penajaan pelajar MBBS

[Copy link]
Post time 23-4-2025 04:12 PM | Show all posts |Read mode
UniSHAMS rayu Mara semak semula penajaan pelajar MBBS

ROSHILA MURNI ROSLI
23 April 2025 01:57pm




Laporan Sinar Harian pada 22 April lalu memaparkan kegusaran hati ibu bapa pelajar UniSHAMS yang gagal memperoleh penajaan di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP).




KUALA KETIL – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berharap agar Majlis Amanah Rakyat (Mara) dapat menilai semula keputusan rayuan yang dibuat pada 9 April lalu melibatkan nasib sebahagian pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) kohort ke-11 yang gagal memperoleh penajaan di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP).

Kenyataan rasmi daripada Pejabat Canselori UniSHAMS menyatakan, rayuan susulan itu dibuat oleh Naib Canselor UniSHAMS yang mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Pengarah Mara.


Katanya, pihak universiti sebelum itu telah mengambil beberapa langkah drastik termasuk mengemukakan rayuan rasmi kepada Ketua Pengarah Mara pada 16 Januari lalu serta mengadakan pertemuan dengan pihak Mara pada 20 Januari.

“Walau bagaimanapun, jawapan bertulis yang diterima pada 7 Februari menyatakan rayuan tersebut tidak dapat dipertimbangkan.


“Seiring dengan itu, sebagai langkah membantu pelajar yang mengalami kekangan kewangan, pihak pengurusan universiti melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif bertarikh 4 Februari telah meluluskan kebenaran kepada pelajar MBBS yang mempunyai tunggakan yuran untuk menduduki peperiksaan akhir mereka,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, pengurusan universiti sentiasa cakna dan bersedia memudahcarakan urusan pelajar mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana agensi

“Namun begitu, pelajar dan ibu bapa perlu memahami bahawa kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada pertimbangan agensi berkenaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, daripada 40 pelajar yang memohon pembiayaan, 30 turut membuat permohonan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan hanya tujuh diluluskan 100 peratus, lima orang 75 peratus, dan 18 orang lagi menerima 50 peratus pembiayaan.

“Baki 10 pelajar tidak memohon PTPTN, manakala 18 pelajar yang lain menerima pembiayaan daripada sumber seperti MARA, yayasan, zakat dan tanggungan sendiri,” ujarnya.

Jelasnya, daripada 48 pelajar yang mengikuti program tersebut, seramai 40 telah memohon pembiayaan Mara, namun 36 permohonan ditolak atas alasan pelajar berkenaan turut menerima kelulusan pinjaman daripada PTPTN.

“Situasi ini mengejutkan pihak universiti kerana ia tidak pernah berlaku dalam kohort sebelum ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 50 pelajar kohort ke-11 program perubatan di UniSHAMS dipercayai berdepan tekanan kewangan serius apabila permohonan tajaan pendidikan MARA belum mendapat kelulusan seperti mana dijanjikan.

https://www.sinarharian.com.my/article/724581/edisi/utara/unishams-rayu-mara-semak-semula-penajaan-pelajar-mbbs


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.032676 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list