CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73|Reply: 0

[Sarawak] KPWKM pandang serius penyalahgunaan AI hasilkan bahan lucah libatkan pelajar

[Copy link]
Post time 20-4-2025 02:03 PM | Show all posts |Read mode


Nancy (empat kiri) merakamkan kenangan bersama PM Anwar (empat kanan) dan Abang Johari (tiga kanan) serta hadirin pada Majlis Ramah-Tamah YB Nancy Shukri di Wisma SABATI, Kuching hari ini.
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius isu penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan bahan lucah palsu melibatkan pelajar sekolah.

Justeru, Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, kementerian akan mencari kaedah intervensi bersesuaian serta merancang untuk meminda undang-undang berkaitan isu itu.

"Kita memang telah pergi ke sekolah-sekolah, cuma perlu meningkatkan lagi ilmu mereka dalam program-program kita, supaya ia selari dengan keadaan semasa.

"Selain itu, saya secara peribadi telah memaklumkan kepada pegawai-pegawai untuk melihat dari sudut undang-undang kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang isu suntingan bahan lucah menggunakan AI melibatkan pelajar sekolah baru-baru ini pada Majlis Ramah-Tamah YB Nancy Shukri di Wisma SABATI di sini, hari ini.

Nancy turut mengucapkan terima kasih kepada Sisters in Islam berkenaan komen mereka baru-baru ini berhubung isu tersebut dan percaya ia bakal menjadi sumber idea untuk penambahbaikan selepas ini.

"Kita juga punyai sesi sumbangsaran sendiri untuk meningkatkan lagi kecekapan kalau dikatakan tidak cekap.
"Jadi sebab itu kita hendak berbincang, supaya (dapat) melihat apa lagi kekurangan kita.

"Jadi, Insya-Allah kita bukan sahaja melibatkan pegawai kita, tapi kita akan melibatkan kementerian-kementerian yang berkaitan," jelasnya.

Selain itu, Nancy berkata program keibubapaan akan diperbanyak terutama di kawasan luar bandar bagi membantu menangani cabaran sedemikian.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan isu berkenaan tular selepas seorang mangsa perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis selepas melihat gambar lucah dirinya tular di laman sosial dan sekeping gambar dijual serendah RM2.

Setakat ini, 38 mangsa telah dikenal pasti melibatkan mangsa semuda berusia 13 tahun dan enam daripadanya telah tamat menuntut di sekolah menengah.

Kesemua mangsa adalah penuntut di sebuah sekolah menengah swasta di Johor.

Imej mangsa-mangsa tersebut telah disunting menggunakan AI dan dijual di media sosial.

Susulan kejadian itu, seorang suspek remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan reman sehingga Selasa depan untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Nancy meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis rumah terbuka Aidilfitrinya itu yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5,000 tetamu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067962 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list