CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 98|Reply: 0

[Sarawak] UPMKB berhasrat perkukuh kerjasama dua hala dengan UKAS

[Copy link]
Post time 18-4-2025 12:24 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) berhasrat memperkukuhkan kerjasama dua hala dengan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Siti Rajanah Abdul Aziz, UKAS merupakan rakan strategik penting UPMKB yang telah banyak membantu mempromosi pelbagai program anjuran mereka.

Bagi tujuan itu katanya, UPMKB dan UKAS akan membincangkan kerjasama mempromosikan aktiviti jaringan komuniti yang dijalankan oleh Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkasakan program komuniti.

“Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan antara universiti dan agensi kerajaan dalam usaha membangun serta memperkasa komuniti di Sarawak,” katanya.

Siti Rajanah berkata demikian semasa mengetuai delegasi UPMKB mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan di Bilik Mesyuarat Utama UKAS di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Awang Putrayusrie mencadangkan  agar UKAS dan UPMKB memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala tersebut.

Menurutnya, melalui MoU tersebut, UKAS dan UPMKB dapat menjalinkan kolaboratif dengan lebih rapat dalam pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khasnya dalam memperkasa modal insan di Sarawak.

Beliau turut mencadangkan agar majlis pemeteraian MoU tersebut diadakan semasa program iRandau 2025 anjuran UPMKB yang akan diadakan di Sungai Asap, Belaga pada 2 hingga 4 Julai nanti.

Turut hadir  Ketua Penolong Pengarah Seksyen Talikhidmat UKAS Joachim Paggang Jabong, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Transformasi Dr Charlie Dudang, Timbalan Dekan Penyelidikan, Pendanaan dan Siswazah Dr Shairil Izwan Taasim, Ketua Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Dr Yasmin Yaccob, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Dr Sawanah Mumin, Pegawai Eksekutif UPMKB Ainul Fikri Mohamad Pauzi serta pegawai UKAS yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.172695 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list