CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 120|Reply: 0

[Sarawak] Projek penahan tebingan Sungai Kampung Sageng dijangka siap April 2027

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:07 PM | Show all posts |Read mode


SERAH… Ir. Ts. Ahmad Denney Ahmad Fauzi menyerahkan projek penahan hakisan tebingan Sungai Kampung Sageng di Biilik Mesyuarat Utama JPS Sarawak, hari ini. Turut kelihatan ADUN Simunjan, Awla Dris. Foto UKAS
KUCHING: Projek penahan hakisan tebingan Sungai Kampung Sageng dijangka siap menjelang April 2027, yang mana ia akan melindungi serta mengurangkan risiko kerosakan infrastruktur akibat hakisan.

Projek tersebut, yang menelan kos anggaran RM40,801,941.00, akan dilaksanakan dalam masa 24 bulan.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak menangani isu hakisan tebing sungai yang telah memberi kesan kepada kediaman penduduk di kawasan tersebut.

Sementara itu, projek penahan hakisan itu diharap dapat menjadi langkah awal dalam usaha berterusan kerajaan negeri memperkukuhkan infrastruktur, sekali gus memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan yang terdedah kepada ancaman hakisan sungai.

Sebelum itu satu majlis simbolik telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak di sini bagi menyerahkan projek penahan hakisan tebingan Sungai Kampung Sageng.

Projek daripada JPS itu diserahkan kepada kontraktor yang dilantik hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, yang turut menekankan kepentingan projek tersebut dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Awla ketika dihubungi menyatakan projek itu adalah hasil daripada perbincangan dan usaha berterusan bersama pihak JPS Sarawak untuk mencari penyelesaian terbaik bagi masalah hakisan yang berlarutan.

Selain itu, beliau juga berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah JPS Sarawak Datu Ir. Ts. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Simunjan Sanuyah Mohamad serta agensi-agensi kerajaan dan kontraktor yang terlibat dalam projek ini.

Semua pihak yang hadir memberikan komitmen penuh untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kepentingan bersama. – UKAS



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.088967 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list