CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 110|Reply: 0

[Sarawak] Keldai akaun mengaku bersalah miliki wang diperolehi secara tidak sah

[Copy link]
Post time 15-4-2025 12:33 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang keldai akaun didenda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memiliki sejumlah wang yang diperolehi secara tidak sah.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ashok Linggam setelah tertuduh, Mary Sylvina Kolot, 37, dari Quadruplex, Bandar Baru Permyjaya di sini mengaku bersalah atas dua tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak).

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Menurut keterangan kes, seorang pengadu telah membuat laporan polis dengan mendakwa pada jam 11 pagi, 17 Januari 2017, dia telah memasukkan wang berjumlah RM1,500 ke sebuah akaun atas nama tertuduh untuk urusan jual beli sebuah kereta Vios berwarna merah.

Sekitar jam 12 tengah hari, 18 Februari 2017, pengadu sekali lagi telah memasukkan wang RM400 ke akaun sama untuk kos penghantaran kereta dari Kuching ke Miri dan segala urusan, pengadu telah berurusan dengan seorang lelaki yang dikenali menerusi Facebook bernama Rim While (nama dari Facebook).

Tiada sebarang dokumen milik pengadu diserahkan kepada lelaki terbabit dan dia hanya menyedari diri ditipu apabila gagal menghubungi Rim While melalui telefon ataupun aplikasi Whatsapp.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang bekerja sebagai pekerja pembersihan merayu hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Tambahan dia telah berkahwin serta mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah.

Setelah menimbangkan kesemua fakta termasuk pengakuan salah tertuduh yang telah menjimatkan masa dan kos mahkamah, keterangan faka kes, berat kesalahan yang dilakukan, kekerapan kes dan kepentingan awam, mahkamah kemudian menggenakan denda RM500 atau sebulan penjara ke atas tertuduh bagi setiap tuduhan yang dihadapinya.

Pendakwaan kes dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.066400 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list