CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 90|Reply: 0

[Sarawak] 14 kaunselor MBM baharu dilantik bagi penggal 2025-2028 mengangkat sumpah

[Copy link]
Post time 15-4-2025 10:38 AM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (duduk, lima kiri) diapit Yii (empat kiri), Ting (empat kanan) serta Ariffin (tiga kanan) bersama ahli-ahli majlis penggal 2025-2028.

MIRI: Seramai 14 kaunselor atau ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) baharu dilantik bagi penggal 2025-2028 mengangkat sumpah semalam pada majlis angkat sumpah yang diadakan di Dewan Bandaraya Miri di sini.

Seramai 14 ahli majlis muka baharu bersama 16 orang dilantik semula dalam barisan kaunselor MBM ini.

Muka baharu yang dilantik ialah Yusri Ahmad Lai, Abin Galieh@Ade, Lilla Raja@Lilla Wong, Thian Sew Lan, Sim Cheng Tiong, Chai Woei Yih, Yee Chung Meng, Hiung Chien Yih, Lau Sie Nguong, Mudin Epui@Mudin Mekir, Andrew Lee Salin, Lian Tarawe, Eliza Sherance Jamba dan Franklin Kesong.

Manakala mereka yang dilantik semula ialah Tan Lek Jin, Romulus Charles Agan Raja, Toh Kah Siong, Leslie Lau Ik Chie, Huang Huat Choon, Yeo Zhi Chao, Jenny Crystal Mansang, Yu Ley Ha, Raymond Jenang, Saliha Basri, Chia Kah Leong, Jamil Bujang, Huang Hong Siong, Rahim Usang, Lasun Wan Ugat dan Flora@Usun Wannya.

Sementara ADUN Pujut Adam Yii dan Ariffin Mohamad masing-masing kekal sebagai Datuk Bandar dan Timbalan Batuk Bandar.

Dalam ucapannya, Yii melahirkan rasa terima kasih yang mendalam atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepadanya untuk memimpin semula pihak berkuasa tempatan itu.

"Dengan sokongan berterusan anda, saya berikrar untuk memikul amanah ini dengan penuh kesungguhan dan bekerja secara gigih demi kemajuan dan penambahbaikan bandar raya kita," katanya.

Sambil mengucapkan tahniah dan galakan kepada ahli majlis yang baru dilantik, Yii turut berkongsi harapannya tentang apa yang akan dibawa oleh kehadiran mereka ke majlis itu.

“Semoga kehadiran anda melahirkan idea baharu, tenaga baharu dan penyelesaian yang inovatif,” katanya sambil menyeru semua ahli majlis bekerjasama dengan penuh semangat dan tujuan.

Penggal semasa Yii ditetapkan sehingga 31 Mac tahun depan manakala Ariffin dan kesemua 30 ahli majlis akan berkhidmat sehingga 31 Mac 2028.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir ialah keduaa-dua Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil dan Datuk Michael Tiang, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting; Residen Miri Galong Luang dan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datu Elizabeth Loh.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.040006 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list