CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

[Sarawak] Dr Sim bayangkan Kota Samarahan jadi metropolis perubatan, pendidikan

[Copy link]
Post time 14-4-2025 10:58 AM | Show all posts |Read mode


Dr Sim berucap dalam majlis pelantikan dan angkat sumpah ahli majlis MPKS hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian membayangkan transformasi Kota Samarahan menjadi sebuah metropolis perubatan dan pendidikan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Dengan kewujudan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta pusat perubatan seperti Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak, Pusat Jantung Sarawak dan Hospital UNIMAS, beliau berkata ini mewujudkan keseluruhan ekosistem untuk sebuah metropolis perubatan dan pendidikan di kawasan tersebut.

“Hab perubatan hanya menyediakan perkhidmatan, tetapi metropolis kesihatan adalah satu ekosistem penuh. Kita ada sistem penyelidikan dan sistem tenaga kerja yang sedang berkembang.

“Bila kita fikirkan, universiti-universiti seperti UNIMAS dan UiTM mempunyai ramai pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

"Mereka akan terus membekalkan tenaga kerja kepada pusat-pusat perubatan sama ada Pusat Jantung, Pusat Kanser, atau Pusat Penyakit Berjangkit dan apa sahaja yang mereka temui dalam penyelidikan mereka, boleh dikembangkan ke arah pengilangan di Sama Jaya.

“Kita bukan sekadar hab perubatan. Kita adalah metropolis perubatan. Dan mungkin satu-satunya di Malaysia.

“Tempat lain mungkin masih berbicara tentang hab perubatan atau pendidikan, tetapi kita sudah melangkah lebih jauh dari standard biasa.

“Visi Sarawak menjelang 2030 adalah tentang kepimpinan dan usaha perintis,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis MPKS hari ini.

Mengulas peranan ahli majlis tempatan, Dr Sim menggesa mereka untuk memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat.

“Perkhidmatan adalah penting. Rakyat mesti mudah menghubungi ahli majlis termasuk secara langsung melalui WhatsApp. Mengapa rakyat hanya kenal wakil rakyat mereka, tetapi tidak kenal siapa ahli majlis mereka?” soal beliau.

Dr Sim menggalakkan kebolehcapaian dan keterlihatan pemimpin pihak berkuasa tempatan, mencadangkan inisiatif seperti perjumpaan semasa musim perayaan dan penggunaan platform digital, sambil mengakui interaksi secara peribadi masih merupakan aspek penting dalam pentadbiran.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi MPKS yang baru dilantik Abang Ismawi Abang Ali.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.033608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list