CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

[Sarawak] Kerjasama pemimpin dan kakitangan kerajaan penting ketika laksana tugas

[Copy link]
Post time 14-4-2025 10:55 AM | Show all posts |Read mode


(Dari tiga kiri) Abang Porkan, Dr Annuar, Tiang dan Wong membelah buluh lemang sebagai simbolik perasmian Majlis Berlanggar Meja Warna-Warni Riang Hari Raya Aidilfitri anjuran MAKSAK di Sibu, malam Jumaat.

SIBU: Kerjasama dalam kalangan pemimpin politik dan kakitangan kerajaan ketika menjalankan tugas amat penting sekiranya hendak memuaskan hati seluruh masyarakat umum.

Timbalan Menteri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata, bukannya senang atau agak mustahil untuk memuaskan hati semua pihak.

"Jadi dalam masa atau keadaan seperti ini, tidak lain dan tidak bukan kerjasama dalam kalangan pemimpin politik dan kakitangan kerajaan begitu penting sekali.

"Walaupun kita mungkin tidak sehaluan dalam berapa pendekatan yang kita gunakan, tetapi apa yang penting adalah hasil kerja tersebut memberi impak yang tinggi kepada kehendak rakyat keseluruhannya.

"Itu matlamat, objektif, amanah dan peranan yang harus kita pikul sebagai pemimpin dan juga sebagai kakitangan kerajaan yang terpaksa atau mesti berkhidmat dengan sesungguhnya kepada rakyat keseluruhannya," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berlanggar Meja Warna-Warni Riang Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Sibu di sini, malam Jumaat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Ngemah Anyi Jana serta Residen Bahagian Sibu merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Dr Annuar berkata, di Sibu masih banyak lagi kerja yang hendak dilaksanakan yang harus mendapat kerjasama daripada semua pihak, baik pimpinan masyarakat di bawah ketua masyarakat atau ketua kaum sehinggalah ke peringkat ketua-ketua jabatan.

"Saya berdoa supaya kerjasama ini dapat kita pereratkan lagi untuk memastikan pembangunan ataupun kerja-kerja di bandar Sibu dapat berjalan dengan lancar," katanya yang turut mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kekasaran ataupun tidak menentu atau tidak sepakat dalam menjalankan tugas.

Menyentuh mengenai penganjuran majlis, ADUN Nangka itu berharap program sedemikiandapat dilaksanakan semasa sambutan Gawai Dayak, Krismas dan Tahun Baharu Cina pada masa akan datang.

"Sesungguhnya di negeri Sarawak, kita mengamalkan konsep toleransi yang begitu tinggi, kita mengamalkan kerjasama di antara kaum yang begitu akrab. Maka saya percaya selepas bulan Mei ini ada Gawai.

"Siapa juga jadi tuan rumah untuk Gawai, kalau boleh kita laksanakan juga program seperti ini semasa Gawai, semasa Krismas dan juga semasa Tahun Baharu Cina pada masa akan datang.

"Dengan itu, kita dapat merapatkan kerjasama dalam kalangan kakitangan kerajaan dan seterusnya dapat memupuk silaturahim yang lebih akrab lagi," ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada Pejabat Residen dan seluruh jabatan kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat sama dalam menjayakan program itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038367 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list