CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas ADUN Seberang Jaya meninggal dunia akibat kanser

[Copy link]
Post time 14-4-2025 01:49 AM | Show all posts |Read mode
Bekas ADUN Seberang Jaya meninggal dunia akibat kanser

13 April 2025 11:59am




Allahyarham Dr Radin Muhamad Amin meninggal dunia akibat kanser pada usia 71 tahun di Hospital Bukit Mertajam pada Ahad.



BUTTERWORTH - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir meninggal dunia akibat kanser di Hospital Bukit Mertajam, pada 6.55 pagi Ahad.

Berita pemergian Dr Radin Muhamad Amin, 71, disahkan menantunya Danial Sulaiman, 38, dan memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.


"Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Al Muhajirin Bandar, Seberang Jaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Muhajirin, Bandar Seberang Jaya selepas solat zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lapan anak dan 18 cucu.


Dr Radin Muhamad Amin berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/722561/edisi/utara/bekas-adun-seberang-jaya-meninggal-dunia-akibat-kanser


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038519 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list