CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

[Sarawak] PBK gesa PDA 1974 dimansuh, hak ke atas minyak dan gas dikembalikan

[Copy link]
Post time 12-4-2025 02:05 PM | Show all posts |Read mode


Voon (dua kiri) pada mengadakan sidang media di Sibu, hari ini.

SIBU: Parti Bumi Kenyalang (PBK) menggesa agar Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dimansuhkan serta hak ke atas sumber minyak dan gas dikembalikan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah.

Presidennya Voon Lee Shan berkata, akta tersebut tidak sepatutnya dikuatkuasakan memandangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) didakwanya tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa sejak ia mula ditandatangani.

“Kerajaan negeri Sarawak dan Sabah wajar membawa usul di Parlimen bagi memansuhkan PDA 1974, yang menjadi asas kepada pengambilalihan hasil minyak dan gas oleh Petronas daripada kedua-dua negeri ini,” ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mendakwa, Malaysia tidak ditubuhkan secara sah kerana pada 9 Julai 1963, tarikh MA63 ditandatangani, Sabah, Sarawak dan Singapura masih merupakan tanah jajahan British dan tidak mempunyai kapasiti perundangan untuk memeterai sebarang perjanjian antarabangsa.

“Berdasarkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes Kepulauan Chagos pada 2019, tanah jajahan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menandatangani perjanjian dengan negara penjajah,” jelasnya.

Voon turut mendakwa Sarawak dianggarkan kehilangan kira-kira RM110 bilion setahun hasil minyak dan gas, manakala Sabah pula dianggarkan kerugian sekitar RM90 bilion setahun.

Namun begitu katanya peruntukan tahunan yang diterima kedua-dua negeri adalah jauh lebih rendah.

“Jika benar Sarawak telah menerima RM100 bilion seperti yang didakwa, mengapa sehingga kini tiada sebarang pengesahan atau rekod rasmi dikeluarkan mengenainya?

“Ketika saya masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, saya pernah membangkitkan isu ini, tetapi kerajaan negeri tidak pernah mendedahkan maklumat kewangan berkaitan hasil petroleum,” katanya.

Beliau juga mendakwa pembentukan Malaysia hanyalah penukaran nama Malaya kepada Malaysia pada 16 September 1963, bukannya penubuhan sebuah negara baharu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055122 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list