CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Tol Bintawa

[Copy link]
Post time 11-4-2025 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-4-2025 03:52 PM



LEMAS… Pihak polis berada di lokasi kejadian bersama-sama pasukan bomba.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Tol Bintawa di Jalan Petra Jaya, di sini pagi tadi.

Komander Operasi PBK II TBBK I Asmadi Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada 9.29 pagi berhubung kejadian itu.


LEMAS… Pihak polis berada di lokasi kejadian bersama-sama pasukan bomba.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi pada 9.38 pagi dengan kekuatan sembilan anggota serta dua jentera,” katanya dalam kenyataan, Asmadi menambah, menurut saksi di lokasi, mangsa dilihat hanyut sebelum tenggelam dibawa arus.

Katanya, Pos Kawalan Bomba (PKB) turut diaktifkan bagi menyelaras operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan.

Setakat laporan ini ditulis, pasukan bomba dan pihak polis masih berusaha mencari mangsa.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049427 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list