CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 121|Reply: 1

[Sabah] Insurans percuma kepada 3.5 juta penduduk Sabah

[Copy link]
Post time 9-4-2025 10:42 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kabinet Sabah yang bermesyuarat hari ini meluluskan Skim Insurans Berkelompok yang memberi manfaat kepada lebih kurang 3.5 juta penduduk tempatan.


Perlindungan insurans kemalangan (Personal Accident) itu adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, perlindungan insurans itu akan dilaksanakan melalui syarikat milik kerajaan negeri, Progressive Insurance Bhd.


Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata kira-kira 3.5 juta penduduk Sabah berumur antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperolehi insuran perlindungan diri secara percuma.


Katanya, ia bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian sebanyak RM500.


"Sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028.


"Melalui proses tuntutan insurans yang cekap, sebarang tuntutan bayaran disalurkan kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.


"Skim perlindungan insurans ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri Sabah menjaga kebajikan rakyat, di samping mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 07:18 AM | Show all posts
IC Sabah yg duduk luar Sabah x dpt ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037291 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list