CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

[Sarawak] Majang santuni mangsa kebakaran rumah setinggan Sungai Plan

[Copy link]
Post time 9-4-2025 08:30 AM | Show all posts |Read mode


Majang bertanya khabar mangsa kebakaran yang memusnahkan 19 rumah di kawasan setinggan Sungai Plan di Jalan Tanjung Kidurong hari ini.

BINTULU: Sebagai tanda prihatin terhadap nasib golongan yang memerlukan, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Dato Majang Renggi hari ini menyantuni mangsa kebakaran di rumah setinggan Sungai Plan di Tanjung Kidurong.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju turut menzahirkan kesedihan dengan musibah yang turut mengorbankan nyawa seorang warga emas wanita berumur 77 tahun.

"Sejurus menerima perkhabaran mengenai musibah yang memusnahkan 19 buah rumah ini pada pagi semalam, saya telah mengerahkan kakitangan di Pusat Khidmat N70 memberikan akses serta bantuan serta-merta kepada semua mangsa terjejas sejak semalam," jelasnya.

Semalam katanya, beliau sendiri telah menyantuni kesemua mangsa terjejas bagi melihat sendiri kemusnahan yang berlaku sekali gus mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sebarang bentuk bantuan susulan yang dapat diberikan kepada mangsa.

"Apa yang penting adalah segala bantuan keperluan mendesak harus disalurkan segera supaya kesemua mangsa dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa," jelasnya.

Majang pada masa sama menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak gereja dan orang perseorangan yang turut tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa sejak semalam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list