CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 64|Reply: 0

[Sarawak] BCCK bakal diperluas untuk tampung ketibaan delegasi dari luar negara

[Copy link]
Post time 9-4-2025 08:29 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari tiba di Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2025 anjuran TVS di Kuching, hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bakal diperluaskan untuk menampung ketibaan delegasi dari luar negara, khasnya untuk penganjuran persidangan antarabangsa.

Untuk itu kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan negeri telah meluluskan dana lebih RM300 juta untuk projek tersebut.

Katanya projek berkenaan akan bermula pada tahun ini dan dijangka siap sebelum tahun 2028, yang merupakan infrastruktur penting dalam penganjuran persidangan antarabangsa.

“Kita akan memperluaskan BCCK ini dengan bangunan tambahan di sebelahnya yang akan bermula pada tahun ini.

“Ia akan mampu menampung sehingga 10,000 orang dan jika digabungkan dengan BCCK sedia ada, sebanyak 5,000 maka kita mampu menerima 15,000 pengunjung dalam satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2025 anjuran stesen televisyen tempatan TVS di sini, hari ini.

Abang Johari berkata bangunan baharu itu dijangka meningkatkan kapasiti sedia ada dan menyediakan ruang tambahan termasuk ruang pameran untuk acara yang lebih besar.

Katanya, ia selari dengan usaha Sarawak untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat persidangan dunia pada masa akan datang terutama berkaitan sumber ekonomi hijau.

Usaha sedemikian juga katanya, mampu menjadikan Kuching sebagai pusat persidangan yang dilengkapi dengan infrastruktur sokongan termasuk penyiaran.

Sementara itu pada majlis yang sama beliau turut mengumumkan TVS bakal memiliki bangunan sendiri yang dijangka siap pada 2027 dan dibina  berdekatan Bangunan Baitul Makmur di Petra Jaya, di sini.

“Kita harap bangunan baharu akan siap pada 2027 kerana kita akan menjadi sebahagian daripada tuan rumah Sukan SEA 2027 di mana TVS sudah tentu akan menjadi badan bertanggungjawab untuk menyiarkan secara langsung laporan acara yang ada di Sarawak.

“Sebab itu kita berharap bangunan berkenaan dapat disiapkan, dengan kelengkapan studio yang canggih untuk memberi siaran langsung kepada negara-negara yang mengambil bahagian termasuk Indonesia, Singapura dan negara-negara dalam blok Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN),” katanya.

Abang Johari berkata kedudukan bangunan baharu ini nanti yang turut berdekatan dengan Pusat Seni Persembahan Sarawak akan membolehkan TVS menganjurkan acara-acara besar termasuk konsert dan seni persembahan yang menonjolkan keunikan budaya wilayah ini yang pelbagai.

Hadir sama majlis itu Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074340 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list