CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 2

[Tempatan] Polis siasat individu guna gelaran 'Datuk Seri' tidak sah dalam FB, dakwa kurniaan Sultan Selangor

[Copy link]
Post time 4-4-2025 01:32 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat seorang individu dikesan menggunakan gelaran Darjah Kebesaran Sultan Selangor, iaitu Datuk Seri, secara tidak sah.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata individu itu didapati menggunakan gelaran 'Datuk Seri' dalam laman sosial Facebook.


Bagaimanapun, beliau berkata, hasil pengesahan polis mendapati suspek tidak pernah dikurniakan gelaran berkenaan.


"Hasil siasatan awal mendapati pemilik akaun itu secara jelas menggelarkan diri sebagai 'Datuk Seri' dengan mendakwa gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Susulan itu, Hussein berkata, pihaknya meminta kerjasama pemilik akaun Facebook terbabit untuk membantu siasatan, atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi polis melalui talian 03-55202222.



Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Berhubung Dengan Anugerah 2017.


Beliau menegaskan, pemberian Darjah Kebesaran Sultan Selangor adalah simbol penghormatan dan martabat yang perlu dihormati serta dilindungi daripada sebarang penyalahgunaan.


"Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati menyalahgunakan atau menggunakan darjah kebesaran secara tidak sah," katanya. - BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2025 01:43 PM | Show all posts
alah set2 retis sama influenzahh pun ramai yg guna datuk pelesu punnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 01:43 PM | Show all posts
alah set2 retis sama influenzahh pun ramai yg guna datuk pelesu punnnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 1.750800 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list