CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 3

[Tempatan] Pempengaruh sibuk ‘content’, pengamal media jadi mangsa

[Copy link]
Post time 4-4-2025 12:58 PM | Show all posts |Read mode


SUBANG JAYA – Tindakan segelintir pempengaruh media sosial sibuk merakam kandungan bagi meraih perhatian telah menyukarkan pengamal media menjalankan tugas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini.

Situasi itu menyebabkan pengamal media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan PPS semalam, sekali gus menyukarkan usaha mendapatkan maklumat berkait mangsa kebakaran paip gas.
Difahamkan, kehadiran terlalu ramai individu yang ingin membuat rakaman sendiri di dalam dewan menjejaskan kelancaran operasi di PPS selain mengganggu keselesaan penduduk yang masih dalam keadaan trauma.

Menurut seorang wartawan dari Free Malaysia Today (FMT), Minderjeet Kaur, berkata larangan tersebut menyekat hak sebagai media yang sepatutnya diberikan masa untuk membuat laporan tentang keadaan semasa mangsa-mangsa kebakaran saluran paip gas.

“Pihak pengurusan sepaturnya menyediakan masa pada pengamal media untuk menemu ramah mangsa-mangsa mungkin dalam 15 minit sehari, sudah cukup.

“Begitu juga dengan mangsa-mangsa yang perlu dimaklumkan awal akan kehadiran media yang akan masuk ke PPS,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Seorang lagi wartawan Utusan Malaysia, Nurul Natasha Surin, berkata perkara tersebut menyukarkan para pengamal media untuk membuat liputan berkenaan mangsa dan pihak berkuasa perlu membuat peraturan lebih ketat untuk membenarkan media membuat laporan di dalam PPS.

“Bagi saya benda ini amat menyusahkan kami dan sedikit tidak adil sebab kami nak buat kerja.

“Sebolehnya kemasukan ke dalam PPS ini dihadkan kepada pengamal media yang mempunyai kad perakuan media sah sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pengamal media dari Malaysia Tribune, Khadijah Mohamad Nor, berkata agak terkilan dengan tindakan pihak pengurusan PPS yang tidak membenarkan pihak media masuk untuk membuat liputan.

“Saya memang sedikit kecewa sebab kami tidak dapat masuk dan rasa perkara ini bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan untuk menguruskan perkara ini dengan bijak kerana kami di sini bertugas menyampaikan informasi yang tepat untuk umum.

“Individu bukan media ingin menjadikan mangsa sebagai isi kandungan di media sosial perlu mempunyai akal fikiran yang munasabah sebelum menunjukkan aib mangsa-mangsa kebakaran,” ujarnya.

Tambahnya, dengan aturan tersebut, kedua-dua pihak media dan mangsa dapat hak untuk bertugas dan privasi. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2025 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa susah.pengamal media pun buat berita berumberkan fb dengan tt jugak..duk kat umah sambil layan lemang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 08:17 PM | Show all posts
dh mcm taxi dgn grab
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2025 03:21 PM | Show all posts

ha ah kan....yg ada kad vs takde kad...kat SG skrg grab dah jadi company teksi plak...dulu2 kutuk naw kemain, last2 dia pun join org yg dia kutuk2 tu... hape hape ntah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 3.843556 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list