CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 537|Reply: 2

[Tempatan] Tragedi Putra Heights: Hasil siasatan awal diketahui hari ini, sebahagian mangsa dibenarkan pulang

[Copy link]
Post time 4-4-2025 10:16 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Memasuki hari keempat sejak insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya menggemparkan negara pada pagi Selasa, proses siasatan punca kejadian terus dilaksanakan pasukan penyiasat membabitkan pelbagai agensi, dengan hasil laporan awal akan diketahui hari ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perkara itu akan diperincikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang merangkumi dua aspek utama, iaitu teknikal dan kecuaian atau kesalahan jenayah.


Beliau berkata, bagi aspek teknikal, siasatan dikendalikan beberapa jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak Petronas dan badan teknikal lain manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sudut kecuaian atau kesalahan jenayah termasuk meneliti pelbagai video tular yang didakwa ada kaitan dengan kejadian itu.


Dalam masa sama, proses pemulihan kawasan terjejas juga dilaksanakan secara berperingkat selepas pemeriksaan tahap keselamatan selesai, dengan 85 rumah yang terjejas disahkan selamat dan penghuni premis terbabit dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing mulai malam tadi.


Menurut Amirudin, berdasarkan dapatan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebanyak 87 rumah mengalami kemusnahan menyeluruh dan tidak boleh didiami susulan insiden itu.


Sehubungan dengan itu, beliau berkata keputusan mengenai penempatan sementara bagi mangsa akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Isnin ini, selepas perbincangan bersama Petronas dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).


"Saya ingat tempohnya setakat ini dari mula hingga dua minggu pertama, PPS (pusat pemindahan sementara) ialah lokasi yang sesuai untuk kita tempatkan mangsa dan kita akan tambah baik dari semasa ke semasa … ada banyak ditawarkan, sebagai contoh Airbnb menawarkan rumah untuk mangsa yang kediamannya rosak sepenuhnya (total loss) untuk duduk selama beberapa bulan," katanya.


Perkara itu antara yang diperincikan beliau pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersama 39 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.


Kejadian kebakaran besar membabitkan saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius sehingga mengubah landskap kawasan itu kepada sebuah kawah besar pada kedalaman 32 kaki berkeluasan kira-kira 70x80 kaki, selain memusnahkan deretan kediaman dan harta benda dalam lingkungan radius 500 meter dari lokasi insiden.


Mengenai perkembangan semasa mangsa yang dirawat, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 48 daripada keseluruhan 134 mangsa masih menerima rawatan di hospital dan klinik.


Menurut KKM, daripada 48 pesakit yang masih dirawat, 30 ditempatkan di fasiliti KKM manakala 18 di hospital swasta, dan setakat 3 petang tadi, tiada kematian dilaporkan berikutan insiden berkenaan.


Sementara itu, pelbagai bantuan dan perkhidmatan terus dihulurkan bagi meringankan beban mangsa susulan musibah yang menimpa mereka pada saat menyambut perayaan Aidilfitri ketika ini.


Antaranya, bantuan awal kewangan RM5,000 dan RM2,500 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas, akan disalurkan kepada mangsa mulai Isnin depan, malah beberapa institusi perbankan, seperti Bank Rakyat dan Maybank turut menawarkan kemudahan kewangan termasuk moratorium.


Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan program bantuan kebakaran yang menawarkan rebat 100 peratus sekali beri bagi bil elektrik satu bulan untuk pelanggan yang terjejas dalam kejadian itu manakala syarikat penjualan kereta Carro bersetuju menyumbang sebanyak 30 kenderaan untuk kegunaan sementara mangsa. - BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2025 11:31 AM | Show all posts
dibenar pulang.. nk pulang ke mana.. kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 11:44 AM | Show all posts
Haaa...?? Dlm masa beberapa hari aje dah ada early result???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.234371 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list