CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

[Kedah] Peritnya tahun pertama beraya tanpa ayah

[Copy link]
Post time 4-4-2025 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-4-2025 10:06 AM

Peritnya tahun pertama beraya tanpa ayah

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
04 April 2025 07:50am




Suraiya Izzaty diuji dengan kehilangan ayahnya yang jasadnya belum ditemui.



SUNGAI PETANI - “Ini tahun pertama saya tidak dapat belikan baju raya dan bersalaman dengan ayah.”

Demikian luah anak sulung mangsa pembunuhan kejam, Sabari Baharom, Dr Suraiya Izzaty, 30, ketika ditemui di kediamannya.


Sabari, pesara pegawai kewangan Felcra, dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jitra, dengan tangan diikat serta mulut ditutup menggunakan pita pelekat. Sehingga kini, jasadnya masih belum ditemui.

Menurut Suraiya Izzaty, Aidilfitri tahun ini amat berbeza tanpa kehadiran ayah mereka.


“Tetapi kami adik-beradik, Nur Aina Sofiya, 29, dan Muhammad Amir Hakimi, 26, tetap meneruskan amalan yang ayah sering pesan, seperti membaca al-Quran.

“Perkara ini menyedarkan kami bahawa dunia hanya sementara, akhirat yang kekal,” katanya.

Bertugas sebagai doktor pergigian, Suraiya Izzaty mengakui kehilangan bapa dengan cara sebegini sangat berat, namun, dia reda dan percaya kepada ketentuan Ilahi.

Ada masa saya sedih, tetapi saya perlu kuat demi anak dan kerjaya. Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” ujar beliau.


Sebagai anak sulung, dia memastikan hubungan adik-beradik kekal erat dan lebih mengambil berat antara satu sama lain, terutama adiknya yang bertugas sebagai guru di Sarawak.

“Saya selalu ingatkan adik-adik bahawa setiap orang diuji. Walau sesukar mana pun, kami perlu menghadapinya,” katanya.

Kes kehilangan Sabari mendapat perhatian apabila dia dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling, pada 3 September tahun lalu selepas keluar menaiki Proton Waja.

Keluarga mula berasa curiga apabila Sabari tidak muncul seperti dijanjikan, telefonnya dimatikan, dan selepas menyemak penyata bank, mereka mendapati transaksi pengeluaran wang dalam jumlah besar pada 4 dan 5 September.

Lebih menyedihkan, kereta Sabari ditemui hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik.

Namun sehingga kini, jasad Sabari masih gagal ditemui

Ekoran itu, seorang kontraktor dan anak saudaranya sudah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Sabari.

“Kami sukar melelapkan mata, tetapi apabila mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, kami rasa sedikit lega kerana ada perkembangan dalam perbicaraan. Sekarang kami hanya menunggu tarikh,” katanya.

Dalam pada itu, Suraiya Izzaty turut berpesan kepada mereka yang masih mempunyai ibu bapa agar menghargai setiap saat bersama mereka.

https://www.sinarharian.com.my/article/720970/edisi/utara/peritnya-tahun-pertama-beraya-tanpa-ayah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.199309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list