CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sesi fotografi laris sempena Aidilfitri

[Copy link]
Post time 4-4-2025 04:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-4-2025 04:34 AM

Sesi fotografi laris sempena Aidilfitri

MOHD ISKANDAR OTHMAN
03 April 2025 02:02pm




Khidmat jurufoto profesional disediakan Cay Studio untuk merakamkan gambar kenangan hari raya.



BUTTERWORTH - Merakam gambar kenangan bersama keluarga menjelang Aidilfitri kini menjadi amalan wajib bagi sebahagian masyarakat.

Peluang berkumpul bersama sanak saudara dalam persalinan sedondon dan dandanan istimewa pasti mencipta detik indah yang ingin diabadikan melalui potret.


Walaupun telefon pintar memudahkan orang ramai merakam gambar, ramai yang memilih untuk mendapatkan khidmat fotografi di studio.

Menurut pemilik Cay Studio di Nibong Tebal, Muhd Hafiz Muhd Yusof, 33, ramai keluarga telah merancang sesi fotografi seawal Ramadan dengan menempah jurugambar profesional atau menggunakan perkhidmatan studio yang menawarkan pakej khas Aidilfitri.




Muhd Hafiz


“Sehingga minggu pertama Syawal, saya telah menerima 200 tempahan slot fotografi,” katanya.


Muhd Hafiz berkata, trend merakam foto kenangan bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah menjadi simbol kebahagiaan yang akan dikenang dalam setiap gambar.

“Sepanjang Ramadan dan hari raya pertama, tempahan sangat menggalakkan.


“Ada keluarga yang telah melengkapkan persiapan raya lebih awal memilih untuk merakam gambar di studio sebelum Aidilfitri, sekali gus memudahkan kami menyusun jadual sesi fotografi mereka,” katanya.

Muhd Hafiz yang telah mengusahakan studio fotografi selama 11 tahun berkata, dengan tenaga kerja terdiri daripada 12 juru foto profesional dan empat konsep istimewa yang disediakan, pihaknya berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.




Khidmat jurufoto antara yang paling dicari bagi merakamkan gambar kenangan Aidilfitri.



Setiap tempahan slot di studionya turut menawarkan rakaman video kenangan dengan kamera 360 secara percuma.

“Dengan harga pakej bermula RM200 bagi setiap sesi sebelum raya dan RM300 untuk sesi pada hari raya, pelanggan boleh mendapatkan gambar berkualiti terbaik.

“Gambar yang dirakam akan terus dikongsi kepada pelanggan selepas proses suntingan, membolehkan mereka memuat naiknya ke media sosial pada hari sama,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/720867/edisi/utara/sesi-fotografi-laris-sempena-aidilfitri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 2.169384 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list