CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

[Kedah] Pemuda Pas syor tubuh siasatan bebas kebakaran saluran gas

[Copy link]
Post time 4-4-2025 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-4-2025 01:17 AM

Pemuda Pas syor tubuh siasatan bebas kebakaran saluran gas

ROSLINDA HASHIM
03 April 2025 06:41pm




Afnan Hamimi



ALOR SETAR - Pemuda Pas mengesyorkan agar siasatan bebas dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor yang berlaku pada pagi Selasa.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerajaan juga perlu segera memberikan penjelasan secara telus dan jelas berhubung kejadian yang mengakibatkan deretan kediaman dan harta benda, termasuk kenderaan dalam radius 500 meter dari lokasi kejadian musnah dan rosak akibat kebakaran tersebut.


Menurutnya, rakyat berhak mengetahui kebenaran dan mana-mana pihak yang cuai perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

“Insiden ini bukan sekadar satu kejadian terpencil, sebaliknya ia menimbulkan persoalan lebih besar khususnya berkaitan ketelusan serta akauntabiliti pihak berkuasa dalam menangani isu keselamatan infrastruktur negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.


Ahli Parlimen Alor Setar itu turut kesal apabila berlaku percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan agensi kerajaan lain.

“CIDB pada awalnya menafikan wujudnya sebarang aktiviti pembinaan sebelum menarik balik kenyataan tersebut.


“Lebih membimbangkan, penduduk setempat pula tampil dengan bukti rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan sebaliknya. Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap ketelusan pihak berkuasa dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan tidak seharusnya terus berdiam diri tanpa memberikan penjelasan yang jelas dan bertanggungjawab.


“Sikap berdolak-dalik hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan dan menimbulkan spekulasi bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan.


“Keselamatan rakyat tidak boleh dikorbankan atas kepentingan mana-mana pihak dan kebenaran perlu didedahkan tanpa sebarang unsur campur tangan politik,” tambahnya.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi menempelak sebarang percubaan untuk menjadikan Petronas sebagai kambing hitam dalam insiden tersebut.

Syarikat tersebut mempunyai rekod keselamatan bertaraf dunia dan sebarang tuduhan tanpa bukti kukuh adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia mungkin hanya bertujuan mengalihkan perhatian daripada kegagalan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan infrastruktur awam itu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Pemuda Pas memberi jaminan pihaknya akan terus memantau perkembangan isu berkenaan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan sekiranya kerajaan gagal bertindak secara telus dan adil.

https://www.sinarharian.com.my/article/720933/berita/politik/pemuda-pas-syor-tubuh-siasatan-bebas-kebakaran-saluran-gas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 2.169087 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list