CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 2

[Dunia] Senator Demokrat AS Kecam Respons Pentadbiran Trump Terhadap Gempa Myanmar

[Copy link]
Post time 4-4-2025 12:31 AM | Show all posts |Read mode



Senator Demokrat AS Kecam Respons Pentadbiran Trump Terhadap Gempa Myanmar



Penduduk tempatan menerima bekalan bantuan di perkarangan Hospital Sagaing, Myanmar, 2 April, 2025. REUTERS

Senator Demokrat Amerika Syarikat pada Rabu mengkritik pentadbiran Trump kerana kelewatan bertindak balas dan tidak mencukupi terhadap bencana gempa bumi di Myanmar, serta menggesa usaha bantuan kecemasan yang lebih kukuh, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, enam senator Demokrat mengecam cara pentadbiran Trump mengendalikan krisis itu.

Senator Elizabeth Warren, Christopher Coons, Tim Kaine, Tammy Duckworth, Chris Van Hollen, dan Jeffrey A. Merkley menyatakan bahawa beberapa negara termasuk China, Rusia, India, Malaysia, Vietnam dan Thailand bertindak pantas susulan gempa itu.

Namun, mereka berkata, “masih tidak jelas apakah respons kecemasan yang telah dikerahkan oleh Amerika Syarikat, jika ada.”

Surat itu menekankan bahawa situasi ini merupakan ujian pertama terhadap keupayaan Washington dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, terutamanya selepas pentadbiran Trump menyemak semula dasar bantuan luar negara dan berusaha membubarkan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID).

“Kami sangat bimbang bahawa tindak balas pentadbiran ini gagal memenuhi matlamat moral dan strategik kami—menghantar isyarat kepada negara-negara di seluruh dunia bahawa pihak lawan lebih boleh dipercayai berbanding Amerika Syarikat,” menurut surat itu.

Merujuk kepada sekatan AS ke atas Myanmar sejak rampasan kuasa 2021, senator berkenaan menegaskan: “Kami meminta anda memastikan bahawa sekatan AS tidak akan menghalang penyediaan bantuan kritikal selepas bencana ini dan kami menggesa agar usaha bantuan kecemasan yang lebih kukuh memandangkan angka korban semakin meningkat serta jutaan penduduk yang hilang tempat tinggal terus berdepan gegaran susulan dan serangan udara tentera Myanmar.”

Senator Demokrat turut mempersoalkan mengapa pentadbiran Trump masih belum menghantar Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART), yang biasanya dikerahkan ke kawasan bencana besar.

“Pasukan DART terdiri daripada pakar krisis yang boleh dikerahkan dengan cepat, tetapi pentadbiran Trump telah memecat ramai daripada mereka dan membubarkan infrastruktur yang menyokong pasukan ini,” menurut kenyataan itu.




https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2408556


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2025 09:04 AM | Show all posts
negar terpaling claim tak tolong eh

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 4-4-2025 09:04 AM
negar terpaling claim tak tolong eh

"Msia vole ada....maaa"-trump
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.113473 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list