View: 214|Reply: 0
|
Ini 8 Sunnah Nabi SAW Yang Anda Boleh Amalkan Ketika Hari Raya Aidilfitri
[Copy link]
|
|
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadan dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Pasti ramai yang sudah melakukan persiapan raya dengan membeli baju, kuih-muih dan banyak lagi barangan raya.
Setelah sebulan berpuasa, kini tibanya masa untuk kita bergembira bersama keluarga dan sanak-saudara yang sudah lama tak berjumpa.
Namun, dalam pada sibuk beraya perlu diingatkan agar kita menjaga tingkah laku dan mengamalkan sunnah ketika hari raya ini.
1. Menghidupkan malam
Pada malam raya, adalah elok untuk kita menghidupkan malam dengan beribadat seperti melakukan solat, berzikir, membaca Al-Quran, bertasbih, beristighfar dan sebagainya.
2. Mandi sunat
Ia bermula dari pertengahan malam dan sunat dilewatkan sehingga hampir solat hari raya
3. Mengemaskan diri
Mengemaskan diri dengan mencukur bulu-bulu, mengetip/memotong kuku dan merapikan janggut.
4. Memperbanyakan takbir
Bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat hari raya.
5. Memakai pakaian terbaik
Meskipun kita digalakkan untuk memakai pakaian baru, namun pilihlah pakaian yang bagus mengikut kemampuan dan elakkan daripada membazir.
6. Berwangi-wangian dan berhias
Adalah bagus jika anda memakai wangi-wangian sama ada hendak ke masjid atau tidak. Malah, tidak kira sama ada bersolat atau tidak, dewasa atau kanak-kanak.
7. Bersarapan
Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.
8. Menunaikan solat hari raya Aidilfitri
Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Malah, sunat juga untuk pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadis, daripada jabir R.A, katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.”
Riwayat al-Bukhari (943)
Sumber: Seismik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|