CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 3

[Tempatan] Warga emas didenda RM5,000 buat pernyataan palsu daftar kelahiran anak

[Copy link]
Post time 26-3-2025 07:20 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu pendaftaran kelahiran dua anak kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Majistret Amira Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 62 tahun selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dihadapinya.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja membuat pernyataan palsu semasa permohonan pendaftaran kelahiran dua kanak-kanak tersebut menggunakan borang daftar kelahiran JPN.

Kesalahan itu dilakukan di kaunter JPN Kuala Lumpur dan Kepong pada 10 April 2009 dan 4 Ogos 2010 mengikut Seksyen 36(a) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 36(a) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman makismum RM2,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan atau kedua-duanya.

Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan kad pengenalan kali pertama 12 tahun menggunakan borang permohonan kad pengenalan dengan mengemukakan sijil kelahiran no daftar CD15009 di kaunter JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 8.57 pagi, 29 Mac 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Perkara 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 dan boleh dihukum di Bawah Perkara 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa JPN Nurraudhah Adilah Bahadun memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Ku Mohd. Fauzul Azim Ku Zaharul’Aiz yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda dengan alasan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan selain menanggung keluarga dan seorang isteri berusia 52 tahun.

Berdasarkan fakta kes, pengadu (JPN) telah menahan tertuduh kerana disyaki dengan membuat pernyataan palsu semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran dua kanak-kanak berkenaan.

Hasil siasatan mendapati bahawa dua kanak-kanak itu adalah bukan anak kandung kepada isterinya (yang sekarang) melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 08:05 PM | Show all posts
Bagaimanapun peguam Ku Mohd. Fauzul Azim Ku Zaharul’Aiz yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda dengan alasan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan selain menanggung keluarga dan seorang isteri berusia 52 tahun.

Tak payah kesian la pada pembelot ni. Apa, kalau dia berjaya buat pendaftaran tu, ko ingat dia tak dapat habuan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 12:10 PM | Show all posts
kiranya dia diupah untuk register anak pati ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Momohizan at 28-3-2025 04:22 AM
prettyuglybabe replied at 27-3-2025 12:10 PM
kiranya dia diupah untuk register anak pati ke?


Amik upah le ni, kalau tak bayar dengan duit, bayar dengan anak tu.

Kalau kat Sabah tu lagi la, orang tu dah meninggal, boleh jual IC tu kat pilak, pakai, indon dan seangkatan. Kalau baby local yang meninggal masa lahir, kuburkan aje tanpa permit, ganti anak bukan warganegara gi buat sijil kelahiran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040733 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list