CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 816|Reply: 2

[Tempatan] SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April, kadar bantuan cecah RM2,100 tahun ini

[Copy link]
Post time 26-3-2025 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
bhonline.com.my
Oleh Suzalina Halid
Mac 26, 2025 @ 3:21pm



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 orang sedia ada, bermula 1 April ini.

Malah, penerima yang layak akan memperoleh bantuan SARA hingga RM2,100 secara keseluruhan tahun ini, meningkat 75 peratus berbanding RM1,200 tahun lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu akan dikreditkan secara bulanan ke MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya, peluasan itu adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa jumlah itu adalah yang tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai oleh kerajaan kepada rakyat.

"SARA adalah pendekatan bantuan secara bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi, diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

"Penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah itu memastikan golongan sasar menerima manfaat dalam bentuk barangan asas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar berkata, 5.4 juta penerima berkenaan termasuk 700,000 penerima SARA sedia ada dalam rekod eKasih yang memperoleh bantuan itu sejak Januari lalu.


Mulai 1 April ini, beliau berkata, mereka akan menerima bantuan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan untuk golongan warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan bagi isi rumah.

"Selain itu, jumlah berkenaan juga terdiri daripada 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.

"Bermula 1 April ini, mereka akan menerima bantuan baharu SARA sebanyak RM50 sebulan bagi golongan warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan untuk isi rumah.

"Mulai tahun ini, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding hanya di negeri Semenanjung pada tahun lalu," katanya.

Perdana Menteri berkata, kaedah pelaksanaan seragam itu adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bawah program SARA, beliau berkata, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan MyKad di kedai runcit berdaftar yang berjumlah lebih 3,500 buah di seluruh negara kini berbanding 700 pada tahun lalu.

"Penerima SARA boleh menggunakan kredit disalurkan itu untuk membeli barangan keperluan asas terpilih bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain barangan makanan asas," katanya.

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my, manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk di https://www.mykasih.com.my.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bagi...itu dedak.
Kita bagi...itu bantuan.
              
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:44 PM | Show all posts
sara (sumbangan asas rahmah) ni rupanya tambahan kepada brim.. brim tukar nama kepada str (sumbangan tunai rahmah)


In the context of Malaysian government aid, STR (Sumbangan Tunai Rahmah) is a cash assistance program, while SARA (Sumbangan Asas Rahmah) is an additional benefit for STR recipients, particularly those identified as poor or severely poor by eKasih, allowing them to purchase essential items without cash using their MyKad

What is the difference between str and sara?
As previously mentioned, SARA stands for Sumbangan Asas Rahmah. This is an additional cash aid from the government for the recipients of Sumbangan Tunai Rahmah (STR) who are designated as poor (belonging below the poverty line) and the hardcore poor.14 Jan 2025



The government's cash aid programme has undergone yet another round of rebranding, with Prime Minister Anwar Ibrahim announcing today that Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  handouts will be distributed in stages from Jan 17 onwards.

This is the fourth time that the programme has been renamed since Najib Razak's administration, when it was known as Bantuan Rakyat 1Malaysia or BR1M.

It was rebranded as Bantuan Sara Hidup (BSH) after Pakatan Harapan (PH), led by Dr Mahathir Mohamad, took over the federal administration in 2018, and Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) under the Perikatan Nasional government led by Muhyiddin Yassin.
- Advertisement -

The administration of Ismail Sabri Yaakob, which took over from Muhyiddin in 2021, called the handouts Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), in line with the Keluarga Malaysia tagline being promoted at the time.

In his announcement today, Anwar, who leads a coalition government comprising PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah and several other parties, said a total of RM1.67 billion would be disbursed under the STR programme.

Of this, RM1.20 billion will go to some 400 households in payments of RM300 while the rest will be divided between RM100 handouts for 1.2 million single senior citizens and RM100 handouts for 3.5 million single individuals.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.107358 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list