CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 69|Reply: 0

[Sarawak] Generasi muda harus mempelajari seni kaligrafi

[Copy link]
Post time 25-3-2025 01:01 PM | Show all posts |Read mode


Pang (tengah) merakam gambar bersama pihak penganjur dan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan kaligrafi sejurus selesai acara perasmian hari ini.

BINTULU: Generasi muda khususnya pelajar dan belia Cina harus mempelajari serta menguasai seni kaligrafi yang merupakan kesenian terunggul komuniti terbabit, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.

Jelasnya, meskipun pada zaman sekarang seni penulisan tangan semakin berkurangan seiring dengan arus pemodenan, namun seni kaligrafi akan membolehkan komuniti Cina di negeri ini khususnya di Bintulu mengekalkan identiti unik mereka melalui penguasaan seni tulisan kaligrafi tradisional mereka.

"Saya amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama semua peserta berkumpul pada hari ini bagi bersama-sama menyaksikan pertandingan kaligrafi Cina anjuran Persatuan Teochew," ujarnya.

Johnny berkata demikian semasa berucap merasmikan Pertadingan Kaligrafi Cina, Tulisan, Karangan dan Lukisan Tahun 2025 Zon Bintulu yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di sini, hari ini.

Beliau berkata, seiring dengan kemajuan teknologi seperti komputer, telefon pintar dan pelbagai peranti elektronik, seni kaligrafi tidak harus dilupakan.

"Ramai antara kita kini menaip jauh lebih pantas daripada menulis dengan tangan, namun pada masa sama, kebergantungan kepada tulisan tangan semakin berkurang terutama dalam penulisan aksara Cina,” katanya.

Jelasnya, bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, aktiviti seperti pembelajaran dan peperiksaan masih memerlukan penulisan tangan.

Semua ini jelas menunjukkan bahawa penulisan tangan masih menjadi medium terpenting bagi melengkapkan tahap pendidikan seseorang individu yang mana ia merupakan ilmu yang harus dikuasai mereka sepanjang hayat.

"Justeru, seni kaligrafi bukan sahaja merupakan khazanah seni warisan budaya Cina, malah ia mencerminkan disiplin dan ketenangan jiwa seseorang," ujarnya
Pang berkata mempelajari kaligrafi dengan menggunakan pen atau berus dapat meningkatkan daya tumpuan dan kesabaran buat setiap individu yang mana setiap goresan membawa kepada kedamaian serta ketenangan jiwa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048511 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list